Skip to main content

Resepi : Puding Raja Pekan Pahang.


Resepi Puding Raja/Royal Puding Pahang

BAHAN-BAHAN : (untuk jala mas)
  • 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya
  • 1 cawan gula*
  • 2 cawan air*
  • sehelai daun pandan disimpul*
  • samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang)
  • penapis
CARA-CARANYA : (untuk jala mas)
  1. masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan)
  2. sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis kuning telor
  3. setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang
  4.  tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus..
  5. tuang kan kuning telor tadi dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. ( cara tuang pun seperti mana kita buat roti jala)
  6. Jika 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm 3 kali
  7. jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu
  8. angkat samaada guna chop stik atau guna senduk dan toskan air gula tu
  9. buat lagi sampai 3 kali atau 4 kali bergantung..ketepikan
BAHAN-BAHAN : (untuk Pisang Goreng)
  • Pisang 
    kalau boleh carilah pisang lemak manis (sgt sesuai) kalau takde pun carila pisang apa2 pun asal rasa nya manis ye
CARA-CARANYA : ( untuk pisang goreng)
  1. panaskan kuali dan masukkan minyak serta goreng pisang tersebut sebiji2 
    * (tak yah belah/potong tp kalau pisang tu bukan pisang lemak manis dan saiz agak besar terpulanglah nak potong atau tidak)
  2. goreng sampai agak gelap sikit warna nya mcm dlm gambar
BAHAN-BAHAN : (untuk sos Kastard)
  • 1 biji telor
  • 400ml susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • sedikit esen vanila
  • 2 @ 3 sudu besar gula 
    *(saya buat tak isi banyak sangat gula sbb jala mas dah rasa manis dan pisang pun dah ada rasa manisnya) kira sos saya ni manis2 buah je
CARA-CARANYA : (untuk sos kastard)
  1. masukkan telor, susu cair, esen vanila, kacau sebati
  2. kemudian masukkan air dan daun pandan serta gula
  3. masak dgn api sederhana besar..mendidih tutup api
  4. dan sejukkan dlm peti ais
HIASAN :
  • buah prune dibuang biji
  • buah ceri merah dan hijau dipotong 4
  • gajus di goreng sebentar
CARA MENGHIAS :
  1. mula2 dlm bekas taruk pisang goreng dulu
  2. letakkan atas pisang jala mas sehingga menutup pisang
  3. letak buah prune, ceri merah dan hijau serta gajus
  4. curah sos kastard yang sejuk tadi sedia dihidang

Comments

  1. salam, saya minta izin untuk menggunakan gambar ini bagi buku saya, terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M