Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Isu Hakisan Pantai Nenasi : Wakil penduduk setempat berpuas hati usaha ADUN Bebar dan JPS Pahang.

PEKAN 11 Mac 2019 - Satu Sesi Penglibatan Awam "Public Engagement" bagi isu hakisan pantai Kg. tanjung Batu, Kg Nenasi dan Merchong pada petang semalam di Dewan Orang Ramai Kg Nenasi Pantai Pekan. Kira-kira 50 orang wakil penduduk setempat dan agensi yang terlibat dalam sesi ini anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang dan Pekan. Dalam sesi ini pihak JPS Pekan mengadakan dialog bersama wakil penduduk bagi mengambil kira mengenai isu setempat bagi memastikan projek membaik pulih hakisan pantai berjalan dengan lancar. Menurut Jurutera JPS Pahang saudara Ir. Mohamad Azam bin Mohd Nor berkata, pihak JPS Pahang mengambil serius mengenai isu ini demi keselamatan penduduk setempat. Isu hakisan ini melibatkan 3 tempat yang dikira paling utama untuk difokuskan dalam projek membaik pulih ini. Menurut katanya lagi, JPS Pahang dan Pekan mengambil butiran yang lebih lanjut daripada wakil penduduk bagi merangka kerja-kerja membaik pulih kawasan yang terlibat dengan lancar.

Pemuda UMNO, PAS dan NGO Pekan buat laporan polis bantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

PEKAN 8 Mac 2019 - Pemuda UMNO, PAS dan badan-badan NGO Daerah Pekan hari ini membuat laporan polis membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Hampir 200 orang hadir untuk memberi sokongan membantah terhadap penghinaan ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato' Nizar Najib berkata, suasana isu yang berlaku mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW seperti tiada noktah kerana isu ini berulang kali dan sering timbul dalam masa yang terdekat. Turut bersama tadi, YDP PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim bersama dengan kepimpinan PAS setempat dan wakil-wakil NGO dalam daerah Pekan.