Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

Isu Air Chini : Kerajaan Pusat disaran teruskan projek yang diluluskan sebelum ini.

PEKAN - Kerajaan Pusat ketika ini disarankan supaya segera membina projek pembinaan takungan air yang diluluskan kerajaan sebelum ini yang sepatutnya dibuat pada akhir tahun lepas. Projek pembinaan  sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Chini mengikut perancangan awal akan dimulakan pada tahun lepas. Bagaimanapun, peruntukan itu dihentikan sementara oleh kerajaan Pusat, namun kerajaan Pusat bersetuju meluluskan peruntukan tersebut dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini pada bulan lepas. Sebagai langkah segera mengatasi masalah gangguan bekalan air di kawasan Chini, syarikat Pengurusan Air Pahang (PAIP) menyediakan 14 lori tangki menghantar bekalan air secara berterusan selain menyediakan 15 tangki statik untuk kegunaan penduduk. Berita lanjut : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/541518/kerajaan-pusat-peruntukan-rm12-juta-atasi-masalah-air-di-chini.