Skip to main content

Sejarah Keluarga Al-Attas


Keluarga Alattas berada  dalam era pergolakan dan telah turut memainkan peranan istimewa dalam sejarah mempertahankan ajaran dan dakwah islamiah. Keluarga Alattas telah sampai ke kepulauan melayu Jawa (Indonesia) pada pertengahan abad ke-18 masihi dan ke semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) pada hujung abad ke-18 masihi.

Habib Zain Alattas datuk kepada Habib Hassan Alattas telah sampai ke Pahang dalam bidang perdagangan dan menetap di Pahang pada awal abad ke-19 masihi. Bersama beliau bergerak dalam bidang perniagaan ialah Syed ahmad bin Hassan Alattas, ayahanda kepada Habib Hassan Alattas. Syed Ahmad memperisterikan seorang anak Pahang dan memputerakan Habib Hassan pada tahun 1832 di satu tempat bergelar "Kampung Maulana" berhampiran dengan Istana Bendahara Tun Ali, ayahanda kepada Almarhum Sultan Ahmad .

Pertalian dan perhubungan di antara keluarga Di Raja Pahang dengan keluarga Alattas sangat rapat. Seorang keluarga alattas iaitu Syed Omar Alattas telah dilantik menjadi ketua Menteri Pahang. Sejarah ini termasuk sejarah Habib Hassan telah ditulis oleh Sir Winsteadt seorang ahli sejarah British di dalam bukunya "Sejarah Pahang".Habib Hassan menurut sejarahnya dan sebagainya dinyatakan dalam buku "Sejarah Pahang" . Sir Winsteadt telah mengambil peranan penting dalam menyelesaikan perang saudara yang termasyur di negeri Pahang.

Sebagai seorang pedagang dan pendakwah untuk mengembangkan agama islam, beliau meneruskan sumbangan baktinya kepada agama, bangsa dan tanah air, beliau telah menjadi pelopor dan peneroka ke arah pembangunan dalam bidang penyiaran dan penyebaran agama islam, dengan turut menolong membuka beberapa buah sekolah, termasuklah mendirikan sebuah sekolah Arab "Madrasah Alattas" di Pekan Pahang sehinggalah ke hari ini.Untuk mengenang jasa-jasa beliau dan untuk memajukan lagi ekonomi negeri Pahang Almarhum Sultan Ahmad telah berkenan mengurniakan kepada Habib Hassan sebidang tanah yang seluasnya 14000 ekar yang terkenal dengan nama Ketapang Estate di Pekan, Pahang termasuk sebuah pulau di muara Sungai Pahang yang dikenali sekarang dengan Pulau Habib Hassan.Beliau banyak mengorbankan tenaga dan harta kekayaannya dalam urusan-urusan dakwah dan agama, terutamanya dalam kebajikan dan pelajaran untuk anak-anak negeri. 

Sumber : http://sman.pahang.edu.my/smaalattas

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M