Merujuk kepada Facebook rasmi Pakar Dobi Pekan, duit yang tertinggal dan tercicir akan didermakan kepada Masjid Taman Maulana Pekan.
Ini merupakan salah satu usaha yang murni yang ditunjukkan oleh kedai dobi ini yang turut melakukan kerja amal mencuci kain dalam masjid dan lain-lain.
Pakar Dobi Pekan yang dimiliki oleh Keluarga Wa Enterprise yang merupakan syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak melayu tempatan sudah beroperasi sejak 3 tahun ini di Bangunan Kedai Taman Sri Maulana Pekan dan satu lagi cawangan di Kampung Mengkasar Pekan.
Comments
Post a Comment