Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Status tapak rizab biosfera Tasik Chini bakal ditarik balik oleh UNESCO

Pemandangan dari udara sebahagian daripada bukit yang gondol akibat aktiviti perlombongan bijih di sekitar kawasan Tasik Chini. - Foto Farizul Hafiz Awang Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan. Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan. Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakuk

Jalan sesak kerana ramai yang turun untuk bertemu dengan Najib.

Pekan - Ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak semalam turun ke perkarangan tempat letak kereta McD Pekan bertemu dengan anak-anak muda yang ingin bersama dengannya. Ungkapan "Bossku" bergema ketika DSN tiba ke situ dan kira-kira seribu lebih pengunjung menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri ke 6 tersebut.. Ramai pengunjung dan anak muda mengambil peluang untuk bergambar dan bersalam dengan Dato' Seri Najib. Memang sesak semalam. Fenomena baru bagi anak-anak muda Pekan.

Ramai orang Pekan datang untuk bertemu dengan Najib.

Tanjung Selangor Pekan - Ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak hari ini merasmikan Karnival Sukan Rakyat Dun Peramu Jaya 2019 di Kem PLKN Semarak pada pagi tadi. Karnival ini disertai oleh ratusan masyarakat disini menyertai kejohanan antaranya futsal padang, bola jaring dan lain-lain. Dalam pada itu juga ramai yang bersorak menjerit Malu Apa Bossku yang menjadi trending seluruh Malaysia.. 

Tenun Pahang Diraja semakin unggul.

Pekan - RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar merasmikan  Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan semalam. “Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada 2005, banyak kejayaan dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain,” titah baginda. Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat negeri ini sejak 300 tahun lalu. Daripada kain yang dikhususkan khas kepada golongan istana, ia kini berkembang kepada satu bentuk seni halus yang menjadi simbol keunggulan status di samping mencerminkan nilai estetika si pemakai.

Pekan : Doktor datang ke rumah membantu merawat pesakit Warga Emas.

Seringkali kita menghadapi masalah untuk membawa ibu bapa yang sudah tua untuk ke hospital/klinik sekiranya sakit. Sama ada mereka sendiri yang enggan, atau kerana sudah terlantar dan tiada kenderaan untuk membawa mereka. Kekurangan anak lelaki yang dapat membantu menguruskan ibu ayah juga menjadi faktor mereka tidak dibawa ke hospital. Dengan itu, ramai pesakit warga emas tidak mendapat rawatan kesihatan yang sepatutnya. Sehubungan dengan itu, seorang doktor muda yang prihatin dengan nasib warga tua ini telah membuat satu servis rawatan ke rumah untuk warga Pekan. Sambutan yang hangat dari warga Pekan, rata rata mereka dari keluarga yang mempunyai ibu bapa yang tua, membuktikan bahawa mereka sangat memerlukan perkhidmatan doktor ke rumah ini. Seperti yang diambil dari ucapan Puan Suzilawati yang telah menjadi pelanggan tetap perkhidmatan ini untuk ibunya, "Perkhidmatan doktor ini sangat bagus. Kini kami tidak perlu runsing lagi sekiranya ibu kami sakit dan memerlukan rawat

Awang Apam Balik sentiasa jadi sebutan sampai ke luar Negeri Pahang.

Jangan jadi orang Pekan kalau tidak kenal Awang Apam Balik. Itu yang diungkap oleh kebanyakan pengemar Awang Apam Balik ini. Memang ramai yang mengemari rasa Apam Balik ini termasuklah kerabat Kesultanan Pahang. Namun, Awang atau nama sebenarnya Shamsuddin bin Baki telah kembali ke rahmatullah pada Oktober 2017. Tetapi, rasa Apam Balik ini telah diwarisi oleh keluarganya dan rasa tetap sama sampai sekarang. Pengunjung dari luar negeri juga mengakui Awang Apam Balik ini memang sedap. Gerai apam balik (nombor 15) Shamsuddin terletak di belakang Pasar Besar Pekan. Kepada mereka yang datang singgah ke Pekan, memang wajib cuba Apam Balik ini.  

Najib balik ke Pekan besok.

Ahli Parlimen Pekan, YB Dato' Sri Najib Tun Abd Razak yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 dijangka balik ke Pekan pada besok hari bagi merasmikan Sukan Rakyat Dun Peramu Jaya yang akan berlangsung pada pagi Sabtu (16/02/2019) di Kem PLKN Semarak, Tanjung Gosong Pekan. Dalam pada itu juga, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak akan merasmikan Persidangan Agung UMNO cawangan dalam Bahagian Pekan serta menghadiri program-program lain di Pekan Pahang. Sudah pasti ramai yang menunggu dan menanti kehadiran Ahli Parlimen Pekan ini.

Pekan : Selain remis, orang ramai juga mencari etok di Sungai Pahang.

Etok merupakan sejenis hidupan bercangkerang yang bersaiz wang syiling lima sen hingga 50 sen hidup dalam sungai. Isinya berwarna putih jernih enak dimakan apabila disalai dengan rempah ataupun dimasak mengikut selera masing-masing. Di sungai Pahang dalam daerah Pekan, aktiviti mencari etok juga sering dilakukan ketika air sungai surut dan cetek. Cara mencari etok ini juga mudah dicari dengan cara mengaut mengunakan jaring besi ataupun lebih mudah dengan mengunakkan penutup kipas. 

Sup Kambing Mak Intan Cafe memang membuka selera.

Sup Kambing antara menu yang special yang patut dicuba apabila singgah di Mak Intan Cafe kerana rasa sup yang sungguh sedap. Ramai pelanggan yang datang ke kedai ini terletak didalam Masjid Besar Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan ini mengemari merasai Sup Kambing ini. Selain Sup Kambing, Nasi Minyak Ayam Masak Kurma juga sedap dinikmati.. Dibuka pada waktu pagi hingga 2 petang dari isnin hingga jumaat.

Hanya RM1 sahaja dah boleh dapat Ayam Goreng Crispy sedap ini.

Gerai Ayam Goreng Crispy milik saudara Isrul Nizam Yusof ini hanya dijual SERINGGIT sahaja. Begitu murah ayam goreng ini dijual dan amat berpatutan kepada mereka yang ingin merasai kerangupan ayam goreng ini. Menurut pengusaha ini berkata dia menjual sambil beramal dan tidak mahu pergi haji balik hari. Saudara Isrul juga menambah ramai pembeli suka merasai ayam goreng ini dan selalu dibeli oleh pelanggan tetap. Ayam Goreng Crispy ini boleh didapati dimana-mana Pekan Sari sekitar Pekan ini. Rugi kalau tidak rasa.

Murtabak Deris : Salah satu murtabak paling best yang ada di Pekan.

Murtabak Deris atau orang Pekan panggil 'Murtabak belakang rumah mayat' menjadi pilihan kepada pengemar murtabak. Murtabak Deris juga menjadi tumpuan pengunjung dari luar dan setempat kerana keenakan murtabak disini. Antara yang jadi pilihan disini Murtabak Daging Special. Rasa cukup rempah dan daging memang sungguh sedap.

Seniwati Sarimah : Primadona dari Kampung Pulau Rusa Pekan.

Mungkin ramai yang tidak tahu pelakon yang memegang watak Mardiana dalam filem Alibaba Bujang Lapok ini berasal dari Kampung Pulau Rusa Pekan Pahang. Sejarah tercipta apabila Sarimah ditawarkan berlakon memegang watak Mardiana dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok di bawah arahan P. Ramlee. Populariti Sarimah meningkat secara mendadak selepas membintangi beberapa buah filem seperti Si Tanggang (1961) dan Ibu Mertuaku (1962). Bermula dengan filem Ali Baba Bujang Lapok yang diedarkan pada 31 Januari 1961, Sarimah telah berlakon dalam filem Indera Bangsawan (1961), Si Tanggang (1961), Ibu Mertuaku (1962), Lu Balang Daik (1962), Batu Durhaka (1962), Labu dan Labi (1962), Norlaila (1962), Neraca (1963), Darah Muda (1963), Madu Tiga (1963), Tiga Abdul (1963), Bidasari (1965), Dayang Senan­dung (1965), Sri Andalas (1966), Gerak Kilat (1967), Jebak Maut (1967) dan filem terakhir Raja Bersiong (1968) karya Tunku Abdul Rahman.

Kenali Tengku Fahd Mua'adzam, Adinda Sultan Pahang.

Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, DK merupakan putera kepada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah dan Sultan Sultanah Kalsom Abdullah. Yang Amat Mulia Tengku Abdul Fadh Mua'adzam Shah diputerakan pada 10 Februari 1994 di Hospital tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Tengku Fahd merupakan pengerusi kepada 'Sultan Ahmad Shah Enviroment Foundation'. Tengku Fahd juga merupakan pengasas bersama SASET Foundation. Tengku Fahd juga aktif dalam acara-acara kebajikan dan sangat mendekati masyarakat setempat. Keprihatinan Tengku Fahd dicontohi kepada golongan belia diluar sana.

Tasik Chini – Misteri Yang Tak Terungkap

Didalam buku “Juara Yang Tewas” tulisan Dato Aripin Said ada menyebut tentang cerita rakyat tempatan berkenaan Tasik Chini. Sebuah pengkisahan yang pada saya begitu menangkap ruang ketakutan sebagai seorang pembaca dan sangat-sangat menarik pembawaan ceritanya. Buku ini juga sedikit sebanyak telah memberi peluang dan pengetahuan kepada pembaca tentang keadaan tasik tersebut serta sosio-budaya penduduk tempatan. Pada saya sebagai orang bukan anak jati negeri Pahang saya menganggap kisah “Naga Tasik Chini” adalah sebuah lagenda dan kisah yang tak terungkap sehingga kini, biarpun pada hari ini ia dianggap sebagai sebuah cerita lagenda rakyat tempatan namun ia tetap sebuah etmologi yang tidak harus dipandang sepi.  Buku yang diterbitkan pada tahun 1983 dibawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu mungkin tidak diketahui umum pada zaman tersebut memandangkan tajuknya lansung tidak menggambarkan isi kandungannya. Namun bagi dunia “perbukuan” buku ini adalah salah satu koleksi yang masih

Ramai orang turun cari remis.

Pesisiran sungai berhampiran Kampung Pulau Jawa Pekan menjadi pilihan masyarakat disini untuk mencari remis. Dalam keadaan air sungai yang surut dan cetek ramai yang ke mencari remis ditambakan pasir berhampiran tengah sungai dan mudah menyeberangi ke sana. Walaubagaimanapun, kepada yang datang cari remis ini mohon utamakan keselamatan dan jaga diri baik-baik ketika mencari remis ini.

Kehilangan adik Masyitah akhirnya terjawab.

 Pekan - Misteri kehilangan adik Masyitah (dalam gambar) akhirnya terjawab apabila ditemui rangka yang telah mereput dipercayai berkait rapat dengan kehilangan mangsa tersebut.  Mangsa dikatakan hilang 2 minggu yang lalu di Kampung Kemahang Tanjung Medang Pekan menjadi misteri kerana suspek dilihat menaik motor berwarna kuning. Semoga pihak berkuasa dapat menangkap pembunuh adik Masyitah ini.

Simpang susur keluar sebelah TNB Pekan berbahaya kerana kenderaan parking dibahu jalan.

Simpang bersebelahan dengan TNB Pekan dikatakan simpang berbahaya bagi pengguna jalan raya disitu kerana kesukaran pemandu kereta hendak menyusur keluar akibat pemilik meletakkan kereta mereka dibahu jalan. Hampir setiap hari situasi ini berlaku dan sangat berbahaya bagi mereka yang tidak biasa menyusur keluar simpang ini. Ini kerana pemandu tidak nampak kereta yang datang dari arah kanan pemandu kesan dari kenderaan yang parking dibahu jalan tersebut. Diharap kepada pihak berkuasa mengambil tindakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Peruntukan untuk menaik taraf Masjid Serambi Pekan ditarik balik.

Masjid Serambi Pekan yang terletak di Kampung Serambi merupakan kegunaan orang kampung sekitarnya untuk beribadah dan melakukan aktiviti program keagamaan. Ahli Parlimen Pekan, Dato Sri Najib Tun Abd Razak yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia ke- 6 telah meluluskan peruntukan untuk menaik taraf masjid ini bagi kemudahan dan menampung jemaah yang lebih ramai bagi keselesaan untuk penduduk setempat melakukan ibadah. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 6, Dato Sri Najib Tun Abd Razak menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat di Masjid Serambi Pekan pada masa lalu. Rata-rata penduduk setempat menzahirkan perasaan sedih dengan peruntukan Masjid Serambi ini telah ditarik balik dan mempersoal mengenai perkara ini. Ada banyak lagi peruntukan yang telah diluluskan untuk daerah Pekan juga banyak ditarik balik dan dihentikan.

Pekan : Makam tinggalan sejarah.

Makam Sultan Muhammad Shah antara tinggalan sejarah yang dikaitkan dengan keturunan Kesultanan Melaka. DI   Pekan terdapat banyak makam yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Maklumat sejarah berkenaan makam-makam tersebut sangat penting di dalam membuktikan kewujudan hubungan luar Kesultanan Melayu Pahang dengan negeri-negeri lain seperti Melaka, Johor dan Aceh. Menurut Kurator Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP),  Rasidah Abdul Rashid , Makam Diraja Kampung Marhum yang terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala Pahang dan Kampung Marhum merupakan antara makam bersejarah di Pekan. “Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah (Raja Johor kedua). “Makam terseb

Pekan merupakan salah satu pusat Automotif terpenting dirantau ASEAN.

KEJAYAAN menarik pengeluar automotif antarabangsa seperti Mercedes-Benz, Volkswagen, Isuzu dan Suzuki untuk beroperasi di Pekan, Pahang sedikit sebanyak mentrasformasikan bandar tersebut menjadi pusat automotif terkenal dan pesat membangun. Pekan sebagai hab industri automotif yang memfokuskan kepada aktiviti pembuatan tambah nilai tinggi dengan penekanan khusus kepada pengeluaran kenderaan premium dan berteknologi alternatif sememangnya cukup terkenal di negara luar. Semoga Pekan terus membangun dalam sektor Automotif negara.

Pekan : Dahulu dikenali sebagai Pura

SEJARAH  Pekan bermula apabila bandar tersebut dijadikan tempat kediaman keluarga diraja dan dianggap ibu negeri Pahang seawal abad ke-13. Menurut Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang (LMNP), Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal, terdapat pelbagai pandangan dan pendapat berhubung asal usul nama bandar tersebut dan salah satunya terdapat cerita yang mengaitkan Pekan dengan sejenis bunga yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai Pahang. Selain itu, berdasarkan penulisan Buyong Adil di dalam bukunya bertajuk Sejarah Pahang, masyarakat Hindu asli pada suatu ketika dahulu memberikan gelaran ‘Pura’ kepada daerah itu yang bermaksud bandar atau pekan di dalam bahasa Melayu. “Perkataan Pura diambil dari singkatan perkataan ‘inderapura’ iaitu nama lama bagi negeri Pahang sebelum di bawah kuasa Kesultanan Melayu Melaka kerana pada ketika itu Pekan menjadi ibu negeri Pahang. Sejarah ini berdasarkan karya Tun Sri Lanang iaitu Sejarah Melayu yang menyebut Pekan sebagai ‘Pura’. “Pendapat la

Serambi Pekan : Dulu seperti tempat jin bertendang,kini menjadi kawasan tumpuan di Pekan Pahang.

Jika dahulu Serambi Pekan dibina untuk kemudahan peniaga menjual produk tempatan dan juga pengunjung luar melihat hasil produk tempatan dipandang sepi. Kini Serambi Pekan bertukar wajah baru hampir setiap hari menerima kunjungan ramai. Serambi Pekan juga merupakan salah satu tempat bagi pengguna jalan raya dari Johor dan kawasan pantai timur untuk berehat selepas penat memandu. Serambi Pekan ini terdapat pelbagai kedai yang menjual produk tempatan seperti Puding Raja Kak Icah, produk IKS, KFC, kedai makan dan sebagainya. Pengunjung disini juga dapat menikmati pemandangan sungai Pahang. Serambi Pekan ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pekan yang juga Mantan Perdan Menteri Malaysia ke 6, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak pada 23 Mei 2015. Semoga Serambi Pekan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Pekan dan menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong luar.

Ramai yang buang kucing dekat belakang pasar Pekan.

Ramai yang sukakan kucing tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana nak urus kucing dengan betul. Kucing merupakan binatang yang paling dengan manusia. Tetapi sedarkah semua tidak ramai yang tahu untuk uruskan kucing dengan baik dan mengawal populasi kucing yang dibela. Ramai orang tidak mahu bela kucing dengan bilangan yang banyak kerana susah nak menjaga dari segi pemakanan dan tempat tinggal serta tidak tahu menguruskan kucing ini dengan betul. Dan akhirnya ramai yang mengambil keputusan untuk buang kucing ini dimana-mana. Saya selalu ke pasar di bandar Pekan dan sentiasa memerhati kucing-kucing terbiar. Saya percaya kucing-kucing ini semua pernah bertuan dan pernah dijaga. Saya harapkan kepada yang membela kucing itu jagalah kucing itu sebaiknya dan jangan aniaya kucing itu dengan membuang sesuka hati. Saya percay kucing-kucing yang dibuang ini hayatnya tidak lama kerana tidak biasa dengan persekitaran dan akhirnya mati akibat penyakit ataupun dilanggar oleh kenderaan lain.

Nasi Lemak Sotong Selambok paling best di Riverfront Pekan.

Jika anda singgah ke Riverfront Pekan, rugi kalau tidak cuba Nasi Lemak Sotong ini di Kiosk yang kaler merah (no 3 dari jalan raya seberang dengan shell kat bandar pekan). Kalau makan nasi lemak sotong ni memang nasi habis dulu dari sotong. Rugi kalau tak cuba jika singgah ke Riverfront Pekan ini. Dibuka waktu petang hingga malam.

Hakisan Pantai Nenasi : Kerja baik pulih hakisan akan dilaksanakan segera.

Hakisan pantai yang melanda dikawasan Pantai Nenasi Pekan Pahang akibat ombak besar pada musim tengkujuh yang tidak menentu telah diberi perhatian segera oleh pihak yang bertanggungjawab. Jurutera Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Pekan, saudara Azam berkata, pihaknya sedang meneliti projek membaik pulih hakisan pantai ini yang dianggarkan RM 5 juta secara keseluruhan sepanjang 600 meter kawasan hakisan pantai.  Kerja membaik pulih ini akan dilaksanakan segera selepas membuat kajian dan tinjauan terperinci dan mengambil masa lebih kurang 10 bulan untuk membaik pulih kawasan yang terkena hakisan ini. ADUN Kawasan Bebar, YB Dato' Fakhruddin Ariff yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang mengambil langkah-langkah keselamatan terhadap penduduk yang tinggal ditepi kawasan pantai membantu memberi bantuan awal bagi mencegah perkara yang tidak diingini.