Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Tiada Bazar Ramadhan pada tahun ini - YDP Majlis Daerah Pekan.

Penganjuran Bazar Ramadhan di Pekan Pahang pada tahun ini terpaksa dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19. Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Dato' Rose Shamsul Abdul Razak berkata keputusan tersebut dicapai selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini. "Kita putuskan tidak ada Bazar Ramadhan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini sudah hampir dengan bulan Ramadhan. Bagi peniaga-peniaga yang telah menjelaskan bayaran untuk Bazar Ramadhan ini, boleh menuntut bayaran balik dengan membawa resit asal ke pejabat Majlis Daerah Pekan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sumber : Majlis Daerah Pekan.

Pekan : Cikgu Mie redah hantar bantuan kepada keluarga murid Orang Asli SK Simpai.

Dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa ketika ini, ramai yang terkesan dengan krisis Covid yang tengah melanda ketika ini. Masyarakat orang asli juga tidak terlepas menerima kesan krisis yang dihadapi oleh semua lapisan. Cikgu Mie nama yang tidak asing bagi warga penduduk orang asli yang tinggal di sekitar Simpai Pekan dan juga berhampiran. Cikgu Mie yang merupakan salah seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Simpai amat dikenali dengan perwatakan yang lasak, baik hati dan suka berhadapan dengan cabaran.  Hari ini, atas keprihatinan sebagai warga pendidik kepada anak murid yang sedang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan ketika PKP ini, Cikgu Mie telah meredah laluan hampir 10km untuk menghantar bantuan keperluan dapur kepada keluarga anak murid orang asli ini.  Perkara tersebut Cikgu Mie telah kongsi dalam facebooknya untuk makluman tersebut, Semoga dimurahkan rezeki selalu Cikgu Mie sekeluarga dan terima kasih atas keprihati

Pekan : 17 individu termasuk remaja didakwa langgar PKP.

PEKAN, 26 Mac 2020: Bosan duduk rumah, mahu pergi ziarah kubur, sengaja keluar melepak dengan kawan dan mahu mengambil teman wanita untuk dibawa ke Kuantan merupakan antara alasan mereka yang ditahan pihak berkuasa sepanjang OP COVID-19 di daerah Pekan sejak lima hari lalu. Natijahnya, seramai 17 orang termasuk seorang wanita orang asli dan empat remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Kesemua tertuduh berusia lingkungan 16 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Te

Bantuan Prihatin Nasional: Permohonan, Pembayaran & Semakan Status.

Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi secara "One-Off" akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion. JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL Terdapat empat kategori penerima iaitu: Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40) Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut: Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020. Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei. Individu b

Pekan : Padah langgar sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

PEKAN 27 Mac -   Akibat daripada tindakan seorang lelaki yang telah melanggar sekatan jalan raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang didirikan oleh BSPTD Pekan telah menerima padah apabila dituduh di Mahkamah Majistret Pekan,Pahang pada 27/03/2020 di bawah Sek. 42(1) APJ 1987 & Sek. 26(2) Akta Polis 1967. OKT  mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman di bawah Sek. 42(1) Apj 1987 penjara 14 hari dari tarikh tangkap dan denda RM5000.00 jika gagal bayar, 3 bulan penjara manakala hukuman di bawah Sek. 26(2) Akta Polis 1967 adalah sebulan penjara. Hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkap.

SMK Seri Pekan tamatkan dominasi 30 tahun SHAH Pekan.

Selepas 30 tahun Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH) mendominasi olahraga MSSD Pekan sejak 1989 akhirnya SMK Seri Pekan (SMKSP) mencipta nama pasukan pertama muncul juara  yg memadam rekod SHAH. Manis lagi ia sejarah pertama SMK Seri Pekan muncul juara MSSD Pekan sejak SP diwujudkan pada 1997. Lebih manis lagi pasukan pertama muncul juara di Mini Stadium Kompleks Sukan Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan Pahang. Kejohanan Olahraga MSSD Pekan kali ke 49 yang berlangsung di Mini Stadium Kompleks Sukan Sultan Hj Ahmad Shah Pekan pada 25-27 Februari 2020 dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Tn Hj Mohd Razali bin Mustafar. 2 orang guru yg mnjdi jurulatih sekolah iaitu En Mohd Zarim dan en Heikal Hafiz juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan dibantu oleh alumni yang banyak memberi sokongan tenaga dan wang ringgit. SMK Seri Pekan menamatkan kemarau penantian selama 23 tahun utk bergelar johan sejak sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1997 sekal

Agong dan Permaisuri permata hati rakyat.

KEMELUT  politik yang melanda negara sepanjang minggu lalu ternyata menyerlahkan lagi kebijaksanaan dan sifat prihatin Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Seri Paduka bukan sahaja amat prihatin dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara malah mengambil perhatian serius dalam soal kebajikan rakyat jelata. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang sinonim dengan sifat sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat dilihat membawa naratif baharu dalam istilah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’. Di media sosial, kerap kali tular foto dan video Al-Sultan Abdullah mencemar duli membantu mangsa kemalangan jalan raya dan menziarahi rakyat, serta prihatin setiap kali musibah melanda. Bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara, Seri Paduka sanggup meluangkan masa selama dua hari untuk menemu bual semua 222 ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan mereka dan mene