Pekan - UNIT Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan pengangkutan percuma bagi warga emas sekitar Pekan yang kurang berkemampuan ke hospital atau klinik kesihatan bagi mendapat rawatan.
Kemudahan itu adalah kali pertama diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pekan pada Januari 2019 bagi memberi keselesaan dan membantu golongan memerlukan.
Peringkat permulaan pihak JKM menyediakan kemudahan itu di Pekan dan Raub dengan beberapa kakitangan dipertanggungjawabkan membantu menguruskan warga emas yang menggunakan perkhidmatan itu.
Warga Pekan yang ingin menggunakan kemudahan UPWE boleh menghubungi talian 09-4223776.
Comments
Post a Comment