Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

YDP Agong menziarah Makam Diraja Pekan petang tadi.

PEKAN 30 Jun - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini menziarahi Makam Diraja Pekan sempena genap 40 hari kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah petang tadi. Turut menziarahi Makam Diraja Pekan tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Kerabat Diraja Pahang, YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang serta para VVIP. Selepas itu, KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong ke Majlis Tahlil 40 hari di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan bersama rakyat jelata. Al-Fatihah.

Pakar Dobi Pekan derma duit tercicir dan tertinggal ke Masjid Taman Maulana.

Merujuk kepada Facebook rasmi Pakar Dobi Pekan, duit yang tertinggal dan tercicir akan didermakan kepada Masjid Taman Maulana Pekan. Ini merupakan salah satu usaha yang murni yang ditunjukkan oleh kedai dobi ini yang turut melakukan kerja amal mencuci kain dalam masjid dan lain-lain. Pakar Dobi Pekan yang dimiliki oleh Keluarga Wa Enterprise yang merupakan syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak melayu tempatan sudah beroperasi sejak 3 tahun ini di Bangunan Kedai Taman Sri Maulana Pekan dan satu lagi cawangan di Kampung Mengkasar Pekan.

Resipi Daging Pechok Pahang.

Daging Pechok Pahang BAHAN-BAHAN - 1KG Daging Batang Pinang - Sedikit garam - Sedikit halia kisar - Sedikit bawang merah kisar - Sedikit bawang putih kisar BAHAN SOS - 1 cawan santan pekat - 4 sudu mkn kerisik - 1 biji bawang besar | dadu kecil - 1 sudu mkn lada hitam | kisar kasar - 1 biji cili merah | hiris halus CARA MEMASAK 1. Potong daging kepada beberapa bahagian. 2. Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar. 3. Panaskan ketuhar dan bakar daging sehingga masak. 4. Setelah masak hiris nipis dan ketepikan. 5. Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata. 6. Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau. 7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. 8. Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging. 9. Daging Pechok sedia dihidangkan.

9 tips pilih buah durian dengan rasa berbaloi membelinya.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips berkaitan cara nak pilih buah durian agar puas menikmatinya. Durian ada banyak jenis, banyak rupa sebenarnya. Ada durian kampung, durian kahwin dan juga durian hutan. Kalau mahu merasa makan durian dengan isi tebal, sedap dari buah yang segar, meh baca perkongsian ini. Bagaimana Nak Memilih Buah Durian Yang Sedap Dan Puas Hati? Ada beberapa cara nak memilih buah durian ini. Jika anda seorang penggemar buah durian, mesti nak kena tahu sedikit sebanyak tips untuk memilih buah durian dengan betul agar dapat elak dari kecewa atau rasa tertipu. Jangan mudah terpedaya dengan harga buah durian yang murah, tetapi isinya mengecewakan. Durian yang sedap dan memuaskan hati mestilah rasanya manis berlemak. Isinya mestilah tebal dan berbiji kecil. Untuk mendapatkan durian sebegini, ada cara-caranya. Oh ya, kena ingat ye, durian ni ada banyak jenis, ada D101, D2, Raja kunyit, Duri Hitam, Durian Udang Merah dan sebagainya. Setiap jenis buah durian i

Orang ramai kecam keselamatan projek "tergantung" ini tidak diambil berat.

Projek pembangunan landskap di Bandar Pekan ini menjadi bualan masyarakat setempat yang tidak disempurnakan dengan baik. Projek ini merupakan Projek Kerajaan Persekutuan dibawah Jabatan Landskap Negara yang sepatutnya siap pada pertengahan tahun lepas tetapi kontraktor yang menjalankan projek ini telah ditamatkan pada April lalu mengikut makluman yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pekan. Majlis Daerah Pekan juga memaklumkan pihak Jabatan Landskap Negara akan membuat tender baru pada Julai ini bagi menyiapkan projek yang tergendala ini. Namun dalam tempoh tersebut, keselamatan persekitaran tapak projek ini dipertikai oleh semua penduduk sekitar kerana tiada ciri-ciri keselamatan yang lebih baik kepada orang ramai yang lalu dikawasan itu. Jalan ini juga merupakan jalan utama kepada orang ramai dalam urusan harian dan setiap hari orang ramai melalui jalan ini tidak kira kenderaan dan juga pejalan kaki. Besi cerucuk dilihat sangat membahayakan dan bahan projek yang diting

Najib turun ke Pantai Merchong Pekan sabtu ini.

Dato' Sri Najib Tun Abd Razak dijangka turun ke Pantai Merchong Pekan pada sabtu ini 6 Julai 2019 jam 2.00 petang hingga 6.00 petang dalam program santai Boss Kawan bersama Najib Razak. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6 yang juga Ahli Parlimen Pekan yang lebih popular dengan gelaran "Bossku" kini menjadi fenomena selepas slogan " Malu apa Bossku" mula viral selepas sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut " Boss kita" dan disambut oleh Najib dengan menyebut "Malu apa Bossku.." Infografik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan "Malu Apa Bossku" turut tersebar luas di media sosial. Bagi mereka yang berkelapangan dan ingin bertemu dengan "Bossku" Najib Razak boleh hadir beramai-ramai dan bersantai dengannya.

Majlis Tahlil 40 hari di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan.

Satu Majlis Tahlil 40 Hari kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan pada 30 Jun 2019 jam 6.00 petang. 30 Jun 2019 maka genaplah tempoh 40 hari berkabung bagi seluruh rakyat Pahang manakala 100 hari bagi kerabat Diraja Pahang. Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2019 jam 8.50 pagi. Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah. Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan

Maksud sebenar "Kebawah Duli Yang Maha Mulia"

Ada orang kata Perkataan "Yang Maha Mulia" tidak sesuai digunakan pada manusia sebaiknya hanya layak bagi Tuhan. Penggunaan perkataan ini boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah meletakkan seorang Sultan setaraf dengan Tuhan. Masalah ini bukan kerana gelaran Sultan tetapi kerana dari kita sendiri yang kurang Pemahaman dalam bahasa melayu dan malas mengkaji dan mencari. Tiba-tiba teringat pulak bait lirik lagu Malique Maafkan mereka... Mereka tidak tahu... Mereka tidak ramas buku... Mereka segan ilmu... Mereka tidak fasih malah fasik guna kata... Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa... Maafkan mereka... Untuk Pengetahuan umum. Maksud "Duli Yang Maha Mulia" -Adapun "Duli" itu maknanya "debu". Makanya "Duli Yang Maha Mulia" itu maknanya Raja yang bertakhta itu walau seluas manapun jajahan takluknya, hanyalah ibarat debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Adapun "Paduka" itu maknanya "seli

Cuti Am 30 Julai 2019 sempena Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XVI

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada selasa, 30 Julai 2019 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh Malaysia. Pengisytiharan Hari Pelepasan Am ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Pekan : Pengangkutan percuma bagi warga emas kurang berkemampuan.

Pekan - UNIT Penyayang Warga Emas (UPWE) menyediakan pengangkutan percuma bagi warga emas sekitar Pekan yang kurang berkemampuan ke hospital atau klinik kesihatan bagi mendapat rawatan.  Kemudahan itu adalah kali pertama diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pekan pada Januari 2019 bagi memberi keselesaan dan membantu golongan memerlukan. Peringkat permulaan pihak JKM menyediakan kemudahan itu di Pekan dan Raub dengan beberapa kakitangan dipertanggungjawabkan membantu menguruskan warga emas yang menggunakan perkhidmatan itu. Warga Pekan yang ingin menggunakan kemudahan UPWE boleh menghubungi talian 09-4223776. 

Tiga ADUN Kelantan memeriahkan Majlis Aidilfitri Anak Kelantan di Pekan.

Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Cawangan Pekan mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada petang tadi jam 2.30 petang (23 Jun 2019) di Dewan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran 3 orang Yang Berhormat dari Kelantan iaitu Ustaz Abdul Rahman (ADUN Pasir Tumboh), Wan Hassan Wan Ibrahim (ADUN Semerak) dan Haji Zuraidin Abdullah. Lebih 300 orang hadir bersama dalam Majlis ini yang turut dimeriahkan dengan jamuan, cabutan bertuah dan juga penyampaian duit raya kepada kanak-kanak. Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia Cawangan Pekan (PERAKAN), Wan Mohd Zawawi Ishak berkata program ini diadakan setiap tahun sejak penubuhan persatuan ini dari tahun 2014.

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Resipi : Kuih Badak Kubang

RESEPI KUIH BADAK KUBANG BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung pulut putih 2 cawan tepung pulut hitam Gula Melaka | potong dadu kecil Sedikit air Daun pisang secukupnya BAHAN KUAH PUTIH: 1 cawan tepung beras 4 cawan santan Sedikit garam CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan campurkan dengan sedikit air. 2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka. 3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya. 4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak. 5. Kukus lebih kurang 10 minit. 6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata 7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

Resepi : Opor Daging Pekan Pahang.

Resepi Opor Daging Pekan Pahang Bahan bahan 50 g rempah opor..saya guna Puteri ayu 1 kg daging 1 cawan santan 1 sudu kerisik 1 labu bwg besar-bsayah 4 1 btg serai ketuk air asam jawa minyak masak garam gula/ nissan Bahan blend 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 3-5 sudu cili kering mesin Bahan hiris 3 ulas bwg merah 2 ulas bwg putih 3 kuntum bunga lawang 2 btg kulit kayu manis Cara cara Membuat Permulaan bonda cantik panaskan minyak Tumiskan bahan hiris dengan minyak masak sehingga wangi Campurkan bahan blend dan tumis bersama bahan blend hingga garing. Masukkan daging/ayam, air asam jawa, serai dan bawang besar..biarkan mendidih Masukkan santan kelapa, garam, gula/nisan/gula melaka secukup rasa, masak dgn api yg sederhana sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisik dan kacau sebati… Opor daging sedia untuk dihidangkan.

Kes Pukul : Suspek berasal dari Pekan antara yang terlibat.

Seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun bersama rakannya mengalami lebam di badan selepas dibelasah sekumpulan 12 lelaki berusia antara 19 dan 20 tahun dari daerah Pekan dan Kangar, Perlis  semasa kejadian di hadapan restoran makanan segera dekat Sungai Isap, di sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Noor Yusuf Ali berkata, pergaduhan pada kira-kira pukul 1 pagi itu berpunca akibat salah faham melibatkan seorang perempuan yang merupakan bekas tunang mangsa. “Beberapa jam sebelum kejadian itu, mangsa dihubungi oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunang mangsa dan dia ingin berjumpa dengan mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, mangsa yang ditemani rakannya menunggu di dalam sebuah kereta di parkir restoran tersebut sebelum mereka didatangi kira-kira 12 lelaki yang menaiki tiga buah kereta. Ujar beliau lagi, mangsa terus ditumbuk di muka dan dibelasah sejurus memperkenalkan n

Bekas ADUN Peramu Jaya, Wan Iqbal Wan Hamid jatuh sakit.

Wan Iqbal Afza bin Wan Abdul Hamid di masukkan ke Hospital UIA Kuantan kerana mengalami masalah kesihatan. Wan Iqbal Afza bin Wan Abdul Hamid merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (N21) Peramu Jaya merupakan calon Barisan Nasional menewaskan Calon PAS Wan Iqbal Hamdy pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu. Kita sama-sama doakan Mantan YB kita kembali pulih dan sihat seperti biasa.

Micro Sleep ketika memandu boleh membunuh.

Pernah dengar Micro Sleep? Ia berlaku apabila kita tertidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa kita sedar. Ia biasa berlaku ketika kita memandu dan ia sangat berbahaya. Ketika memandu kita paksa diri   sedar sedangkan kita dah terlelap beberapa saat! Micro sleep biasa berlaku waktu pagi dan tengah hari dimana waktu itu badan kita perlu rehat. Tanda-tanda 1. Tersenguk-senguk 2. Kelopak mata makin tertutup dan layu 3. Mata terkebil-kebil 4. Merenung dalam ke arah sesuatu yg kosong 5. Tak boleh nak fokus. Faktor utama Micro Sleep ialah TIDUR. 1. Tidak cukup tidur 2. Tidur tak menentu Jika anda perlu memandu jauh seperti cuti balik kampung untuk sambut Hari Raya, pastikan anda  tidur yang cukup. Jika mengantuk , dapatkan rehat sebentar. Ingat Micro Sleep boleh membunuh!

Resepi : Puding Raja Pekan Pahang.

Resepi Puding Raja/Royal Puding Pahang BAHAN-BAHAN :  (untuk jala mas) 5 biji kuning telur dibuang tali pusatnya 1 cawan gula* 2 cawan air* sehelai daun pandan disimpul* samada acuan roti jala muncung kecil atau kelongsong daun pisang) penapis CARA-CARANYA :  (untuk jala mas) masukkan bahan bertanda dlm kuali (pan) sambil menunggu air gula mendidih kita kacau kuning telor biasa sebati dan tapis kuning telor setelah air mendidih, keluarkan daun pandan tadi.. serta masukkan telor dlm acuan roti jala atau dlm kelongsong daun pisang  tinggikan kan sedikit acuan roti jala atau kelongsong tadi (mcm saya ajar buat butter prawn) untuk mendapatkan urat yang halus.. tuang kan kuning telor tadi dari tepi pan (kuali) secara bulatan .. ( cara tuang pun seperti mana kita buat roti jala) Jika 5 biji telor ni dlm 3 kali buatla..jgn buat sekali gus ye..buat sikit2 dlm 3 kali jala mas ni tak lama sangat ye dlm air gula tu ..lepas tuang tunggu sekejap pastu angkat samaada guna ch

Tun Abdul Razak: Anak kelahiran Pekan Arkitek Pembangunan Malaysia.

Pengenalan Abdul Razak bin Hussein merupakan anak lelaki Dato’ Hussein Mohd Taib, Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang, daripada isteri pertamanya, Teh Fatimah binti Daud. Kehidupan Peribadi Beliau dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang dan dibesarkan oleh datuknya yang menekankan nilai tradisi dan agama. Sungguhpun beliau berasal daripada golongan yang berada, beliau bersikap rendah diri dan bersopan santun sejak dari zaman persekolahannya. Beliau memilih untuk tidak berkasut ke sekolah kerana tidak mahu terasing daripada sebahagian rakannya yang tidak mampu membeli kasut getah. Dari bangku sekolah lagi, Tun Razak menyedari betapa mundur dan miskin keadaan kaum Melayu, terutamanya di luar bandar di bawah pemerintahan kolonial British. Beliau juga merasai keperitan hidup di zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Pemerhatian beliau serta peristiwa pahit yang beliau alami mungkin menjadi pendorong besar kepada beliau untuk m