Tidak ramai masyarakat Pekan hari ini tidak tahu mengenai Makam Ziarat Raden yang terletak di Kampung Mengkasar Pekan Pahang.
Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang.
Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi.
Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1512) Sultan Abdul Jamil mangkat pada 917 Hijrah bersamaan 1511 Masihi dan turut dimakamkan di sini. Mengikut Bustanu’s Salatin, bagindalah yang disebut Marhum Ziarat. Batu nisan yang dipercayai batu nisan makam baginda itu, telah dijumpai dekat makam isteri baginda Raja Fatimah.
Comments
Post a Comment