Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Tengku Hassanal dilantik Yang Dipertua MUIP yang baru.

PEKAN, 28 JANUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pemangku Raja Pahang, YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang baru. Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim sebagai Timbalan Yang Dipertua Muip baru menggantikan YDH. Datuk Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan. Kedua-dua anakanda baginda mengangkat sumpah pada majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-179 hari ini. Pada majlis berkenaan, empat Ahli Mesyuarat Majlis yang baru dilantik iaitu Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamarudin, Prof. Dr. Fariza binti Md. Sham, Prof. Madya Dr. Hasan bin Ahmad dan Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah turut mengangkat sumpah. Ketibaan Yang

Jalan Penarikan : Jalan yang menghubung Melaka ke Pekan Pahang dahulu kala.

Tahu tak dahulu ada jalan shortcut antara Melaka dan Pahang? Ia dipanggil "Jalan Penarikan". Sungai Muar, Sungai Jempol, Sungai Serting, Sungai Bera dan Sungai Pahang saling berhubung melalui Jalan Penarikan. Selain lebih cepat, ia buktikan kepakaran orang Melayu teroka alam. Dari Melaka mereka belayar ke Sungai Muar. Kemudian perahu mereka memudik dari muaranya hingga ke Sungai Jempol. Dari situ boleh terus ke Sungai Serting, Sungai Bera dan akhirnya jumpa Pekan Pahang. Bagaimanakah pentingnya Jalan Penarikan ini dalam membentuk sejarah negara ini? Jalan Perdagangan Utama Tanah Melayu pernah menjadi wilayah kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu ulung di zaman silam seperti Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Melaka, Acheh dan Johor. Kerajaan-kerajaan ini berkembang dengan memanfaatkan aliran perdagangan maritim yang melewati Selat Melaka dan Singapura. Namun begitu, sesetengah pelayar gerun melayari Selat Melaka yang dihurung lanun-lanun yang berleluasa ter

Raja Permaisuri Agong tutup akaun Twitter.

Pasti ramai rakyat Pahang terutamanya warga maya tertanya-tanya mengapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyahaktif akaun Twitter milik baginda baru-baru ini. Sebelum ini, rata-rata netizen dilihat gembira dan senang dengan sikap Raja Permaisuri Agong yang dilihat sebagai mesra rakyat dan menggunakan akaun media sosial baginda itu untuk berinteraksi dengan rakyat. Memetik laporan portal Malakat Tribune, menurut sumber rapat dari istana memaklumkan KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gering dan dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu. Menurut sumber, baginda dimasukkan ke hospital selepas pulang menunaikan umrah bersama keluarga baginda baru-baru ini. "Alhamdulillah, baginda dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu selepas menerima rawatan tersebut dan kini keadaan Tunku Azizah baik. "Mungkin Tunku Azi

Hari ini 44 tahun Allahyarham Tun Abd Razak pergi meninggalkan kita.

14 Januari 1976 – YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein telah kembali kerahmatullah di London pada 14 Januari 1976 jam 6.30 petang waktu Malaysia. Berita mengenai pemergian Allahyarham telah disampaikan oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn ke seluruh negara menerusi Radio Televisyen Malaysia. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani rawatan akibat penyakit ‘acute leukemia’ yang dihidapi olehnya. Jenazah Allahyarham telah diterbangkan dengan penerbangan Khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kemudianya di bawa ke kediamaan Allahyarham di Sri Taman, Kuala Lumpur sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Penglibatan Tun Abdul Razak dalam arena politik bermula sejak menuntut di London lagi, dan bergiat aktif setelah memasuki UMNO dan dilantik sebagai Ketua Pemuda. Mulai tahun 1951 hingga 1970 Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Yang di Pertua UMNO dan menganggotai jemaah kabinet sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 19

Yang Di-Pertuan Agong kongsi pengalaman sebagai ketua negara.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi menyifatkan pengalaman dan tugas yang digalasnya sebagai ketua negara ketika ini adalah sukar dan mencabar. Al-Sultan Abdullah bertitah amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya amat berat terutama dalam usaha menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan mempunyai pandangan serta pemikiran yang pelbagai. “Saya rasa agak begitu berat bahu dipikul dan tanggungjawab besar, kalau setakat jadi Sultan (Pahang) mungkin saya boleh memahami tugas-tugasnya tetapi apabila dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong memang satu suasana yang berlainan, banyak perkara saya tidak tahu, terpaksa saya ambil tahu. “Kalau boleh saya kongsi, bukan mudah walaupun kita tengok hari ini masjid cantik, istana cantik, tetapi tugas yang perlu dilakukan bukan mudah kerana saya tak sangka saya kena baca banyak kertas-kertas kerajaan, saya kena tandatangan banyak watikah-watikah yang mana itu adalah sebahagian

Revo FT kekal dipuncak liga dalam saingan Liga Futsal Pekan 2019/2020.

Liga Futsal Pekan edisi 2019/2020 baru sahaj mengharungi sesi ke 6 pada malam tadi menyaksikan pasukan Revo FT kekal di puncak liga selepas menewaskan pasukan UMP Northern dengan hasil jaringan 3-2. Sebanyak 8 pasukan beradu tenaga dalam kejohanan ini yang bermula sejak Disember tahun lalu. Berikut kedudukan terkini Liga Futsal Pekan 2019/2020.

“Hidup Tulisan Jawi!” - Raja Permaisuri Agong

Isu tulisan Jawi yang diajar di sekolah kebangsaan kini semakin diperkatakan oleh orang ramai, termasuklah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah sendiri. Menerusi akaun Twitter, Tunku Azizah telahpun memulakan inisiatif memuat naik Tweet dalam tulisan Jawi sejak beberapa hari yang lalu. Tunku Azizah menyatakan bahawa pemerkasaan skil menulis dan membaca dalam tulisan Jawi tak seharusnya dijadikan sebagai isu nasional. Malah, Tunku Azizah juga berpendapat bahawa amat beruntung sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Mandarin dan Tamil. “Saya ada darah Kantonis tetapi saya tak pandai tulis atau baca. Alangkah untung kalau saya pandai berbahasa Kantonis.” Mengapa perlu seseorang dihindar daripada menuntut skil baharu? Sama seperti semua orang bebas untuk mempelajari bahasa Mandarin, Kantonis dan Tamil, tak rugi pun jika seseorang boleh membaca dan menulis tulisan Jawi. “Hanya kerana Jawi, satu Malaysia takut?” “Saya tidak pergi ke s

Makam Chondong Kampung Mengkasar Pekan Pahang.

Makam Chondong, yang terletak di Kampung Mengkasar, Pekan adalah salah satu makam penting kerana ia merupakan testimoni kepada hubungan erat yang pernah terjalin di antara Pahang dan Aceh pada abad ke-17 Masihi. Keberadaan batu-batu nisan ini dicatatkan dalam Kitab Bustanu’s –Salatin yang ditulis oleh Sheikh Nuruddun ar-Raniri yang mengisahkan bagaimana Sultan Iskandar Thani telah memerintahkan Orang Kaya Maharaja Seri Maharaja, Orang Kaya Laksamana Seri Perdana Menteri dan Orang Kaya Lela Wangsa bertolak ke Pahang untuk meletakkan batu nisan pada makan ayahandanya. Hal ini kerana semasa penaklukan Pahang, Sultan Iskandar Thani telah dibawa lari ke Acheh dan masih berumur tujuh tahun. Oleh yang demikian, baginda telah memerintahkan pembesar-pembesarnya meletakkan batu nisan di makam-makam keluarganya di Pahang. Menurut cerita orang tua-tua dahulu, pada suatu hari pada tahun 1906, sekumpulan gajah sedang melintasi sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di Kampung Mengkasar.

Makam Diraja Kampung Marhum Pekan.

Makam Diraja Kampung Marhum, mukim Kuala Pahang, Pekan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Makam Diraja ini merupakan makam diraja yang terbesar di Negeri Pahang dari segi jumlah Raja Pemerintah dan Kerabat yang dimakamkan di situ. Sultan Abdul Jalil IV Ri’ayat Shah (Sultan Johor Pertama dari Dinasti Bendahara) merupakan antara yang pertama dimakamkan disini, pada tahun 1721. 4 orang Raja Bendahara Pahang dimakamkan disini iaitu Bendahara Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Pertama) pada tahun 1802, Bendahara Tun Muhammad pada tahun 1803, Bendahara Tun Koris pada 1806 dan Bendahara Tun Ali pada 1858. 3 orang Sultan Pahang Moden, Almarhum Sultan Ahmad Al-Mua’zzam Shah, Almarhum Sultan Mahmud Shah dan Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dimakamkan di sini pada tahun 1914, 1917 dan 1932. Almarhum Sultan Abdullah A-Mu’tassim Billah adalah Sultan Pahang yang terakhir dimakamkan di sini. Penggantinya, Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dima

Makam Sultan Pahang ke 12 (1592-1614) di Makam Chondong Pekan

Paduka Sri Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah ialah Sultan Pahang Ke-12 dari susur galur Kesultanan Melaka dan memerintah dari tahun 1592 hingga 1614 Baginda pernah melarikan diri ke Jelai, Pattani bersama anakanda yang sulung, Raja Abdullah, akibat pemberontakan oleh anakanda baginda iaitu Raja Alauddin Pada tahun 1614, baginda dan Raja Abdullah telah berangkat pulang ke Pahang tetapi kedua-duanya mangkat pada 16 Ogos 1614 akibat diracun oleh Raja Alauddin Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah dan Raja Abdullah telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Makam Chondong, Pekan, dan berakhirlah Kesultanan Pahang dari susur galur Kesultanan Melaka Credit : House of Pahang

Mata Wang Tampang urus niaga pada zaman dahulu di negeri Pahang.

Pada tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang. Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah  China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar.  Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511. Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang ta

Perasmian Jambatan Sultan Abu Bakar Pekan Pahang 1970.

Perhubungan darat di antara Pekan dan Kuantan menjadi lebih pantas berikutan perasmian Jambatan Sultan Abu Bakar pada 28 Februari 1970 KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al Mu’tasim Billah Shah telah merasmikan pembukaan Jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang yang merentangi Sungai Pahang Ianya dinamakan Jambatan Sultan Abu Bakar mengambil sempena nama baginda. Jambatan sepanjang 600 meter ini, menghubungkan Peramu atau dikenali juga sebagai Pekan Seberang dengan Kampung Mengkasar, yang terletak berhampiran dengan bandar Pekan dan telah menelan belanja sebanyak $2.5 juta Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk-penduduk Pekan terpaksa menggunakan Feri (Pontoon) sebagai alat perhubungan bagi merentasi Sungai Pahang Perjalanan menggunakan feri ini mengambil masa yang agak panjang, malah membahayakan terutama pada musim banjir Dengan adanya jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk meny

SS Amherst : Kapal karam di Paloh Hinai.

November merupakan bulan yang sinonim dengan musim tengkujuh atau lebih di kenali sebagai monsun tropika, meskipun begitu bagi meneruskan operasi pengangkutan, sebuah kapal di kenali sebagai SS Amherst dari Singapura meneruskan juga pelayaran menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Kapal ini adalah sebuah kapal dengan enjin berkuasa wap, justeru di pangkal namanya terdapat perkataan “SS” yang merujuk kepada Steam Ship, dalam operasi kali ini ia di ketuai oeh seorang kapten berbangsa Melayu di kenali sebagai Kapten Angus. Kapal seberat 107.88 tan dengan didaftarkan sebagai kapal kargo dengan nombor pendaftaran 90097, ia dibina di Glassgow dalam tahun 1886, kemudiannya dimiliki oleh syarikat British, akhirnya kapal ini di tempatkan di pelabuhan Singapura. Insiden yang menamatkan perkhidmatannya selama lima belas tahun berlaku apabil ia bertolak dari Singapura pada 16 November 1901 dengan Pelabuhan Kota Bharu sebagai destinasi akhirnya, waktu itu ia dipenuhi dengan kargo pelbagai barangan

"Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG," - Raja Permaisuri Agong

"Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG?" soal Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Twitter mengenai isu tulisan jawi. Seri Paduka bertitah, tulisan jawi itu adalah warisan semua orang Melayu dan semua pihak harus menggunakan serta martabatkan supaya semua pihak senang membaca. "Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian," titah baginda. Catatan baginda itu ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi, sebelum ini baginda mula menulis jawi di Twitter sejak hujung bulan lalu. Difahamkan, catatan itu dipercayai merujuk kepada seorang timbalan menteri yang dilaporkan berkata pengajaran jawi di sekolah vernakular tertakluk kepada kelulusan PIBG.