Skip to main content

Posts

Cikgu dari SK Runchang Pekan Pahang finalis Anugerah Guru Global 2020.

Guru bahasa Inggeris Samuel Isaiah (Cikgu Sam) dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Pekan, Pahang telah dipilih sebagai 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global 2020. Kita berasa sukacita dan bangga atas dedikasi serta usaha murni beliau dalam mendidik murid-murid sehingga terpilih sebagai calon untuk menerima anugerah tersebut, sekali gus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Menurut kenyataan penganjur Yayasan Varkey di London, Samuel yang lebih mesra dipanggil Cikgu Sam dipilih daripada 12,000 pencalonan daripada lebih 140 negara. Anugerah yang menawarkan hadiah US$1 juta (RM4.16 juta) itu merupakan program pengiktirafan guru dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Samuel telah memperkenalkan pelbagai inovasi bagi memberi inspirasi kepada muridnya yang terdiri daripada Orang Asli, untuk menyimpan impian besar serta berusaha menghubungkan mereka ke dunia luar. Antara program diperkenalkan Samuel ialah projek pertu
Recent posts

Jaga kemuliaan dan gelaran diberikan' - Pemangku Raja Pahang

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada mereka. Tengku Hassanal bertitah, peringatan itu juga terpakai kepada bakal penerima darjah kebesaran, yang mana baginda menegaskan bahawa 'setiap kurniaan di bumi Allah datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung'. "Jangan sesekali bersikap riak dan angkuh, sebaliknya ambil resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Berilah sumbangan sebaiknya kepada negeri dan rakyat beta," titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini. Pada istiadat itu, Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran kep

Karakter Berhijab yang berasal dari Pekan Pahang.

SEMAKIN banyak permainan video yang berada di pasaran ketika ini boleh dikatakan bagai pisang goreng panas, tetapi tidak semua memiliki karakter permainan yang boleh mencuri hati peminat e-Sukan negara. Selain daripada strategi taktikal dan teknikal sesuatu permainan video, karakter yang menarik juga menjadi daya tarikan buat pembeli sebelum memuat turun atau membeli cakera padat digital permainan tersebut. Permainan video terbaharu keluaran Ubisoft, Hyper Scape telah dilancarkan pada 12 Julai lepas mempamerkan kelainan kerana karakter wanita kelahiran Malaysia yang diberi gelaran Noor Casulink. Menerusi laman wiki fandom, Noor Casulink merupakan salah satu daripada 12 karakter Juara (Champions) yang dipilih dalam permainan video bertemakan penembak pertama (FPS). Menurut Ubisoft, latar belakang karakter yang bernama penuh Noor Azimah binti Yusof berusia 23 tahun itu adalah dari Pekan, Pahang tetapi menetap di Kuala Lumpur. Karakter Noor Casulink dipi­lih sebagai wajah mewakili Asia Te

Tidak lama lagi orang dekat Pekan boleh guna Food Panda.

Aplikasi Food Panda merupakan salah satu aplikasi tempahan makanan secara online. ia memudahkan pelanggan untuk membuat tempahan makanan dari restoran – restoran terbaik di Malaysia. Terdapat pelbagai menu serta restoran yang boleh anda pilih di dalam aplikasi ini. Tempahan makanan anda akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda dan pastikan alamat penghantaran yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan kelewatan. Pekan juga bakal menerima kehadiran servis Food Panda ini dalam masa terdekat. Untul sedia maklum, beberapa restoran dan kedai terpilih sudah dikenalpasti yang akan menggunakan servis Food Panda ini dalam sekitar bandar Pekan dan kawasan yang berhampiran.  Sudah pasti Food Panda ini dapat menyelesaikan masalah pengguna yang ingin makan makanan kesukaan mereka tanpa perlu keluar ke mana-mana. 

Tiada Bazar Ramadhan pada tahun ini - YDP Majlis Daerah Pekan.

Penganjuran Bazar Ramadhan di Pekan Pahang pada tahun ini terpaksa dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak Covid-19. Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Dato' Rose Shamsul Abdul Razak berkata keputusan tersebut dicapai selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini. "Kita putuskan tidak ada Bazar Ramadhan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini sudah hampir dengan bulan Ramadhan. Bagi peniaga-peniaga yang telah menjelaskan bayaran untuk Bazar Ramadhan ini, boleh menuntut bayaran balik dengan membawa resit asal ke pejabat Majlis Daerah Pekan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Sumber : Majlis Daerah Pekan.

Pekan : Cikgu Mie redah hantar bantuan kepada keluarga murid Orang Asli SK Simpai.

Dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa ketika ini, ramai yang terkesan dengan krisis Covid yang tengah melanda ketika ini. Masyarakat orang asli juga tidak terlepas menerima kesan krisis yang dihadapi oleh semua lapisan. Cikgu Mie nama yang tidak asing bagi warga penduduk orang asli yang tinggal di sekitar Simpai Pekan dan juga berhampiran. Cikgu Mie yang merupakan salah seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Simpai amat dikenali dengan perwatakan yang lasak, baik hati dan suka berhadapan dengan cabaran.  Hari ini, atas keprihatinan sebagai warga pendidik kepada anak murid yang sedang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan ketika PKP ini, Cikgu Mie telah meredah laluan hampir 10km untuk menghantar bantuan keperluan dapur kepada keluarga anak murid orang asli ini.  Perkara tersebut Cikgu Mie telah kongsi dalam facebooknya untuk makluman tersebut, Semoga dimurahkan rezeki selalu Cikgu Mie sekeluarga dan terima kasih atas keprihati

Pekan : 17 individu termasuk remaja didakwa langgar PKP.

PEKAN, 26 Mac 2020: Bosan duduk rumah, mahu pergi ziarah kubur, sengaja keluar melepak dengan kawan dan mahu mengambil teman wanita untuk dibawa ke Kuantan merupakan antara alasan mereka yang ditahan pihak berkuasa sepanjang OP COVID-19 di daerah Pekan sejak lima hari lalu. Natijahnya, seramai 17 orang termasuk seorang wanita orang asli dan empat remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Kesemua tertuduh berusia lingkungan 16 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Te