Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Makcik ini tidak dapat menahan sebak melihat Najib menyampaikan bantuan.

PEKAN 7 Julai - Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6, YB Dato' Sri Najib Tun Abd Razak hari ini menyampaikan bantuan kepada pelajar cemerlang di kawasan Parlimen Pekan. Majlis ini dikelolakan oleh Yayasan Pahang dan juga Yayasan Rahah meraikan 325 pelajar cemerlang sekitar Parlimen Pekan. Yayasan Pahang memperuntukkan secara keseluruhan RM63,750.00 untuk disumbangkan kepada semua pelajar cemerlang dan sumbangan ini juga dapat membantu meringankan perbelanj aan untuk melanjutkan pelajaran di institusi yang lebih tinggi. Sebelum DSN beredar meninggalkan majlis, seorang mak cik terus meluru ke arah DSN sambil memeluk dan sedih kerana DSN masih lagi prihatin kepada kebajikan rakyat.  Majlis ini juga merupakan Majlis Anugerah yang sering diadakan bagi meraikan pelajar cemerlang di Parlimen Pekan.

Bendera Pahang yang pertama asalnya warna hitam sahaja.

Warna bendera negeri Pahang pada asalnya berwarna hitam. Pada masa dahulu masyarakat mengandaikan bahawa warna hitam sebagai warna rakyat. Hakikat sebenarnya hitam adalah warna kebesaran  Bendahara  melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Setelah memakai gelaran sultan (Bendahara Wan Ahmad kepada Sultan Ahmad Al- Mu’adzam Shah), baginda telah meletakkan warna putih pada bendera negeri Pahang. Tambahan warna putih di atas hitam membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat. credit : Muzium Negeri Pahang

Sejarah Negeri Pahang

Asal Usul Nama Negeri Pahang Pada zaman dahulu Negeri Pahang Darul Makmur mempunyai berbagai nama. Pengarang China menyebutnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong -Fong, Phe-Hang,Pang-Kang dan lain-lain. Pada tahun 1225 Chao Ju-Kua telah mengarang sebuah buku bernama Chu-Fan-Chi, beliau menyatakan di antara beberapa buah negeri yang ditakluki di bawah kuasa San-fo-chi ialah negeri yang bernama Peng-keng. Peng-keng itu ialah Negeri Pahang Darul Makmur. Orang Arab dan orang Eropah zaman dahulu menyebut Pam, Pan, Phang, Paam, Pao, Paon, Phaan, Paham, Fanhan, Phang dan Pahagh. G.R. Tibbetts, seorang ahli sejarah yang mengulas kisah yang ditulis dengan huruf Arab dalam buku karangan Mas'udi itu pada pendapat Tibbetts ialah Pahang. Dia lebih setuju menyebut perkataan Fanjab itu sebagai Fanhan, Panghang atau Panhang. Semuanya itu dimaksudkan Pahang. Ada setengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli yang dulunya mendiami nege

Asal usul nama Lamir

Lamir ini adalah sebuah kampung yang terbesar dalam mukim Pahang Tua, di dalam daerah Pekan. Letaknya di kiri kanan Jalan Pekan-Kuantan, di tebing Sungai Pahang Tua. Kampung Lamir ini dikatakan mendapat namanya demikian dari pokok lamir, sejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat tali.  Selain dari kampung terbesar dalam mukim Pahang Tua, ia adalah juga sebuah kampung yang bersejarah. Ini ialah kerana ia pernah menjadi tempat tinggal Bendahara Sewa Raja Tun Ali sehingga akhir hayatnya dalam tahun 1857.  Bila sebenarnya Bendahara Sewa Raja Tun Ali meninggalkan Pulau Maulana dan berpindah ke Lamir tidak diketahui. Tetapi tentu sekali lepas lahirnya Tun (Sultan) Ahmad di Tiang Bendera (Pulau Maulana), pada 23.5.1836. W.Linehan di dalam Sejarah Pahang, JMBRAS, Vol.XIV, Pt. 11, May 1936 menulis berkenaan dengan perkara ini seperti berikut :- "Bendahara Sewa Raja Ali of Pahang died in 1857. Long before his death, he had retired from active participation in the governm

Tokoh kelahiran Pekan : Allahyarham Jamaluddin Jarjis

Dilahirkan di Kampung Sungai Mat Dulang, Kampung Mengkasar pada 25 Mei, 1951. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung ke Sekolah Menengah Ahmad, Pekan pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1974. Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di  Universiti Teknologi Malaysia  pada tahun 1974. Keinginan untuk meningkatkan pencapaian akademik telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektikal (Sistem Tenaga) di University of Manitoba,  Kanada  pada tahun 1976. Beliau akhirnya melengkapkan pencapaian akademiknya pada tahun 1980 setelah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraa

Sejarah Pembukaan Kampung Mengkasar

Kampung Mengkasar merupakan salah sebuah perkampungan yang tertua di Daerah Pekan. Berdasarkan sejarah, terdapat orang Bugis dan Acheh menetap di sini. Pada tahun 1722, Tok Uban atau Kraeng Aji yang bernama Kraeng Agang Jene Muhammad Naziruddin, atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan berketurunan Bugis telah membuka sebuah kampong yang bernama Mengkasar bersempena nama tempat asalnya di Bugis. Dari keturunan Bugis inilah bermulanya asal-usul keturunan “Orang Kaya Indera Shah Bandar Pahang’ iaitu keturunan Allahyarham Tun Abdul Razak. Tenunan sutera Pahang juga telah diperkenalkan oleh Tok Tuan. Bukti kehadiran Bugis dengan kewujudan Makam Chondong di mana ia merupakan makam Bonda Iskandar Thani yang mana batu nisan itu sendiri di bawa dari Acheh.

Bekas ADUN Peramu Jaya meninggal dunia.

Dukacita dimaklumkan, Wan Iqbal Afdza Wan Abd Hamid telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 3 pagi tadi di Hospital UIA Kuantan.  Jenazah akan di kebumikan di Kg Belimbing sebelum Zohor. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Wan Iqbal Afza bin Wan Abdul Hamid merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (N21) Peramu Jaya merupakan calon Barisan Nasional menewaskan Calon PAS Mohd Iqbal Hamdy Mohd Rusdi pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu. “Ya Allah! Ampunilah beliau dan berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah beliau (dari kemurkaanMu), ampunkanlah beliau dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan beliau dengan air salju dan air yg dingin. Bersihkan beliau dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri yang lebih baik daripada isterinya (