Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada selasa, 30 Julai 2019 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh Malaysia.
Pengisytiharan Hari Pelepasan Am ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.
Comments
Post a Comment