Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Makam Sultan Muhammad Shah Kampung Pahang Tua.

Asal Usul Nama Negeri Pahang dari Kampung Pahang Tua. Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu di Kampung Pahang Tua, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura. Setelah Melaka dapat menawan, maka Sultan Mansor Shah telah melantik wakil raja  di Pahang yang bernama Dato Seri Bija Diraja sebab pada masa itu belum ada raja muda yang layak menjadi raja sebagai wakil sultan,sehingga berlaku peristiwa pembunuhan Tuan Besar anak Tuk Perak. Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepak takraw yang mengenai kepala baginda, langsung dibu

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya. Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaannya meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja yang pertama membuka Melaka. Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M). KESULTANAN MELAYU PAHANG Pada umumnya

‘Mulai hari ini saya akan menulis dalam Jawi’ – Tuanku Permaisuri Agong

Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah telah memulakan langkahnya untuk memperkasakan tulisan jawi.  Menerusi ciapan di Twitter rasmi, baginda bertitah akan mula menggunakan tulisan jawi dalam setiap hantaran di laman Twitter baginda. “Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita” titah Tuanku Azizah.  Langkah baginda nampaknya menerima sokongan padu rakyat yang rata-rata memuji tindakkan baginda menulis dalam jawi demi memperkasakan tulisan jawi yang merupakan warisan negara.

Sejarah Sekolah Men Keb Dato' Mahmud Mat Pekan Pahang.

Pada asalnya sekolah ini adalah sekolah Melayu En. Sh Ahmad bin Sh Parat telah mewakafkan tanah kepada Jabatan Pendidikan untuk dijadikan sebuah sekolah. Pada awal Januari 1965, sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah 65 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih. Nama ini dipilih semperna nama tempat sekolah ini yang terletak dikawasan tanah putih.         Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh yang berhormat En. Khir Bin Johari pada 9 Oktober 1967.pada tahun 1981, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat.selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran ketika itu yang mengkehendaki semua sekolah menengah dinamakan dengan tokoh tempatan yang berjasa dan telah meninggal dunia.        Terdapat juga cadangan untuk menamakan sekolah ini menurut tuan punya asal tanah ini tetapi cadangan itu ditolak. Keluasaan kawasan sekolah ini pada masa kini adalah 3.6883 hektar.pada peringkat awal nama yang mahu digunakan hany

Ramai pengunjung Pantai Air Leleh buang sampah merata-rata.

Pantai Air Leleh di Pekan Pahang kini sudah menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar untuk menikmati keindahan pantai disini. Kini sudah ada fasiliti telah diwujudkan bagi keselesaan pengunjung yang datang kesini. Namun, keindahan pantai ini telah dicemari oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Agak kesal melihat keadaan ini kerana mereka tiada mengambil berat tentang kebersihan tempat awam. Tinjauan mendapati mereka yang datang berkelah membiarkan sampah mereka tanpa mengutip balik buang ditempat sepatutnya. Harap pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk menangani masalah ini. Semoga Pantai Air Leleh ini menjadi tarikan yang lebih menarik setanding dengan pantai-pantai utama yang ada di Negeri Pahang.

Kenali Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  (diputerakan pada  17 September 1995 di  Hospital Tengku Ampuan Afzan ,  Kuantan ,  Pahang ) merupakan Pemangku Raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar . Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu. Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antaraban

Penemuan Batu Nisan di Kampung Permatang Pasir Pekan bukti Pahang negeri terawal terima Islam.

PENEMUAN batu nisan di Kampung Permatang Pasir, Pekan, Pahang, sepatutnya menjadi satu sejarah berharga kerana ia membuktikan Pahang adalah negeri paling awal menerima kedatangan Islam. Batu nisan yang ditemui penduduk di Kampung Permatang Pasir pada Jun 1953 menunjukkan kedatangan Islam di Pahang adalah pada sekitar 419 hijrah bersamaan 1028 Masihi atau lebih awal daripada itu berdasarkan tulisan Khat Thulus, yang menyatakan tarikh kematian individu tidak dikenali itu adalah pada waktu Subuh hari Rabu 14 hari bulan Rabi'ul Awal tahun 419 hijrah. Tarikh itu jauh lebih awal berbanding kedatangan Islam di Terengganu iaitu pada 702 hijrah bersamaan 1,303 Masihi berdasarkan tulisan pada Batu Bersurat ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu nisan ini juga ada dipamerkan di Balai Pameran Sejarah Muzium Sultan Abu Bakar (Pekan), yang turut dilengkapi transkripsi serta kenyataan. INFO Kampung Permatang Pasir, Pekan, Pahang mula diteroka dan dibuka pada sekitar tahu

Sejarah Tenun Pahang Diraja

Seni tenun kain sarung sutera telah berkembang luas di Pahang, Terengganu, dan Kelantan sejak tahun 1838. Hal ini tercatat dalam catatan pengembaraan Abdullah Munshi yang turut menggambarkan eksport kain sarung sutera dan import benang sutera di negeri-negeri tersebut. Hal ini berterusan sehingga pada bancian pada 1901 menunjukkan terdapat tujuh puluh tujuh penenun di Pahang. Sejarah Tenun Pahang Diraja Sutera tenunan Pahang berasal dari orang-orang Melayu berketurunan Bugis . Apabila Belanda menawan Macassar Pulau, mereka mencari perlindungan di Kepulauan Riau Indonesia dan kemudian mereka berhijrah ke Pahang untuk mengelakkan pergaduhan dan peperangan di Riau. Seorang pegawai tinggi Bugis, yang dikenali sebagai Tuk Tuan Keraing Aji, adalah salah satu dari orang-orang pelarian yang datang di Pahang pada 1722 dan beliau menetap di Kampung Mengkasar, Pekan. Bukan sahaja dia pesa tuan dan sepenuhnya fasih dan benar-benar berpengetahuan dalam tenunan sutera, beliau juga dlm

4 Kisah Cerita Lagenda Naga Tasik Chini.

Naga adalah lambang kepada cerita lagenda Tasik Chini dan sinonim dengan yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu kala dimana naga naga disini telah dimakan sumpahan pada zaman tersebut. Naga sisik emas di katakan adalah seorang lelaki dan Naga Sisek Perak adalah seorang Perempuan, dizaman 70an dan 80an dulu apabila musim banjir dikawasan tasik jelmaan naga dapat dilihat diwaktu itu. Mereka bermain disekitar tasik yang dipenuhi air dikesemua laut kerana air sungai Pahang membuak serta berpusar memasuki tasik melalui sungai chini. Pada peristiwa seorang pelancung dari England telah menyelam di kawasan jeti dan sampai sahaja di lantai tasik beliau ternampak pagar batu serta menyusuri pagar berkenaan hingga ke pintu pagar didalam air tersebut.  Alangkah terperanjatnya beliau kerana terlihat dua biji mata merah yang besar dipintu pagar berkenaan dan lantas dengan pantasnya beliau naik keatas kembali. Beliau telah tidak bercakap selama seminggu dan sekembalinya ke KL barulah

Kajian Cent-GPS : Pekan bakal tenggelam pada tahun 2050.

Kajian baru menunjukkan bandar2 utama di Malaysia akn berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050 Negeri2 yg terjejas: Perlis, Kedah, Penang, Perak, N9, Terengganu, Pahang, Kelantan, Sarawak Kajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yg lebih tepat. DEM=Digital Elevation Models. Kajian terdahulu mengukur peningkatan paras air laut menggunakan model Shuttle Radar Topography Mission (SRTM). Model CoastalDEM menggurangkan kesalahan pengukuran SRTM & menunjukkan tanah yg terjejas dgn lebih tepat, berpunca drpd perubahan iklim. Pada tahun 2050:  -Alor Setar menjadi sebuah pulau -Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan -Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam -Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap -Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil -KLIA bertempat di sebelah pantai. -Muar tenggelam.  -Pekan juga tenggelam.  -Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau -Di Sarawak, Kuching juga menggecil

Pulau Kucing ditutup untuk sementara waktu.

PEKAN 21 Dis 2019 - Demi menjaga keselamatan pengunjung, buat sementara waktu ini Meow Island (Pulau Kucing) di Pulau Keladi disini akan ditutup dari kunjungan orang ramai. Penutupan ini kerana keadaan air Sungai Pahang yang semakin meningkat di musim tengkujuh dan Jambatan ke Meow Island juga telah roboh akibat arus air yang deras sejak bebarapa hari lalu. Pihak Pertubuhan Perlindungan Kucing Pekan Pahang (Meow Island) akan memaklumkan semula tarikh pembukaan pusat penjagaan kucing-kucing terbiar tersebut. Langkah keselamatan untuk semua kucing disitu juga telah diambil. Harap Maaf diatas segala kesulitan. Doakan semoga urusan Meow Island dipermudahkan. In Syaa Allah. Jika ada pihak yg ingin membantu, membaik pulih jambatan dan sebagainya, Sila hubungi, No Tel: 0199891093/ 0139214453. Terima Kasih. Credit : Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) Oleh : Mahathir Ali #KerajaanNegeriPahang #MajuTerusPahang #Pahang1st

(Resipi) Kuih Jeneral Mahbob

Kuih Mahbob atau juga dikenali sebagai kuih Jeneral Mahbob ini sangat terkenal oleh penduduk Pekan. Kuih ini sukar didapati di daerah lain, melainkan Pekan sahaja. Biasanya kuih ini dibuat semasa meraikan majlis – majlis tertentu. Kuih General Mahbob Bahan-bahannya 5 biji telur ayam  1 cawan santan pekat 1 cawan gula putih  3 sudu tepung beras 1 cawan air Sedikit pewarna kuning 1 helai daun pandan Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang. Bahan untuk tahi minyak 1 cawan santan pekat  Sedikit garam Cara-Cara 1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega. 2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan 3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan. 4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata. 5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukka

(Resepi) Sambal Kulat Sisir

Sambal kulat sisir antara hidangan tradisional yang semakin dilupakan. Antara penyebab hidangan ini semakin dilupakan kerana harga pasara kulat sisir pada masa kini agak mahal. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan penyebab untuk melupakan hidangan tradisi ini. KULAT SISIR  SAMBAL Bahan-bahan 3 genggam kulat sisir- direndam 4 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci kunyit  7-12 biji cili padi ( ikut suka kepedasan memasing) 1 batang serai - dititik 1 sudu minyak masak - untuk menumis Sedikit garam gula dan perasa  Cara-cara Kulat yg telah direndam dalam 10-15 menit tu ditumbuk. Just nak bagi dia pecah2 dan lembut.Jangan lumat sangat. Tujuan direndam adalah untuk mengasingkan dari benda asing..ye la kan amik kat batang pokok2 kayu..Ada gek la kulit batang kayu yg folo masa kutip Bawang merah, bawang putih, kunyit, cili padi tumbuk hingga lumat Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan yg tunmbuk dan serai yg telah dititik.Tumis hingga naik bau or pecah min

Pulau Kucing Pekan Pahang

Bila sebut pulau kucing, mesti terus teringat pulau kucing kat jepun tu yang dihuni oleh banyak kucing tidak bertuan. Memang ramai yang berhasrat untuk ke sana untuk melihat kucing-kucing di pulau tersebut. Tetapi sebenarnya anda tak perlu terbang jauh sampai Jepun kerana di Malaysia juga ada pulau kucing yang terletak di Pusat Tenun Pekan, Pahang.   Setakat ini pusat tersbeut mempunyai sebanyak 100 ekor bersama dengan beberapa haiwan lain yang juga memerlukan perlindungan. Tempat tersebut memang sangat cantik dan dan tenang, sesuai untuk pengunjung yang sukakan kucing. Difahamkan, pada mulanya tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang kemudiannya tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis. Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze Meow Island atau cari Pusat Tenun Pekan. Pulau ini hanya dibuka dari hari Khami