Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2019

Kuih Akok Panas Mie Daud dijual panas-panas dihadapan pembeli.

Pasti ramai pengunjung Pekan Sehari tidak terlepas untuk membeli Kuih Tradisional dari Kelantan ini. Kuih Akok air tangan Puan Hasnah Daud atau dikenali sebagai Mie Daud mempunyai peminatnya tersendiri daripada orang-orang Pekan yang sedap dan lembut. Akok Panas Mie Daud ini juga sering ditempah oleh majlis-majlis perkahwinan sekitar Pekan dan diluar Pekan. Selain Kuih Akok, Kuih Bakar dan Bingka Pulut juga dijual kepada pembeli. Untuk tempahan boleh hubungi terus 013-3015481

Murtabak Haji Lah Jadi Pilihan Pengunjung ke Pekan Sari.

Pasti ramai pengunjung ke Pekan Sehari@Sari membeli Murtabak Haji Lah. Murtabak Haji Lah ini ada keistimewaannya tersendiri kerana harganya murah dan sedap. Daerah Pekan juga terkenal dengan pelbagai keenakkan Murtabak yang pelbagai jenis tidak ada ditempat lain. Rata-rata pengunjung menjadi kebiasaan untuk membeli Murtabak Haji Lah ini setiap kali ada Pekan Sehari ini.

"Siapa Kata Pekan Tidak Membangun?"

Sebelum ini ramai pihak diluar sana mempertikai Bandar Pekan tidak maju seperti tempat lain. Ada pihak tidak bersetuju Pekan ini maju seperti tempat lain. Ada juga pihak lain juga mahu Pekan membangun pesat seperti ditempat lain. Tapi ramai tidak faham konsep Bandar Diraja tidak perlu kemajuan seperti Kuala Lumpur ataupun Kuantan. Ramai yang persoal kenapa Pekan tiada Shopping Mall atau tempat-tempat yang boleh membeli belah. Pekan perlu kekal konsep bandar seperti ini yang aman dan jalan raya tidak terlampau sibuk seperti ditempat lain melainkan cuti hari raya dan sebagainya. Namun begitu, Pekan tidak ketinggalan dalam sektor Automotif yang membangun pesat yang terpenting dalam Asia Tenggara kerana terdapat banyak kilang Kereta berjenama terkenal dipasang disini seperti Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi. Kupasan akan bersambung lagi.

Kuala Pahang : Dari perkampungan nelayan kecil kini menjadi pusat kegiatan terpenting di Negeri Pahang.

Jika dahulu Kuala Pahang merupakan salah satu kampung nelayan kecil dan terpencil dalam Daerah Pekan, rata-rata masyarakat dalam daerah Pekan jarang ke sini kerana tiada apa-apa yang menarik disini. Namun atas keprihatinan dan inisiatif dari ADUN Peramu Jaya, YB Dato' Sri Sh Puzi Sh Ali dan Ahli Parlimen Pekan yang juga Perdana Menteri Malaysia sebelum ini Dato' Sri Najib Tun Abd Razak yang mahu mewujudkan bandar kecil di Kuala Pahang ini. Kini Kuala Pahang telah berwajah baru dan menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dalam. Banyak tempat menarik yang ada disini yang sering dikunjungi oleh orang luar. Antaranya RTC, Medan Ikan Bakar, Aktiviti Memancing dan lain-lain.. Disini juga terdapat banyak perusahaan IKS dari penduduk setempat yang berasaskan dari hasil laut dan nelayan yang banyak mendapat tempat diluar sana.

Sejarah Keluarga Al-Attas

Sultan Pahang Menanda Tangani Surat Sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada esok, 31 Januari 2019.

Pahang mengisytiharkan 31 Januari 2019 sebagai cuti peristiwa bersempena Istiadat Melafaz Dan Menanda Tangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur. Pengumuman itu dibuat oleh  Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy  melalui akaun rasmi milik beliau. KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR PAHANG Bersempena dengan Istiadat Melafaz Dan Menanda Tangani Surat Sumpah Jawatan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara, Kuala Lumpur Esok, Khamis, 31 Januari 2019 Bersamaan 25 Jamadilawal 1440 Hijrah, Setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Su ltan Pahang, maka dengan ini saya

Pemancing luar akui Udang Galah di Pekan banyak yang besar.

Para pemancing dari luar kawasan Pekan mengakui Udang Galah yang terdapat di Sungai Pahang dalam daerah Pekan banyak yang besar ibarat orang pekan kabor memang kasor udang sini. Ramai kaki pancing udang galah dari luar datang ke Pekan hanya semata-mata untuk memancing udang galah yang berbeza dari tempat lain. Rata-rata kaki pancing memang teruja apabila melihat udang galah dikawasan Pekan lebih dari yang disangka.

‘Malu Apa Bossku’ buatkan Najib popular

Ahli Parlimen Pekan, Dato Sri Najib Tun Abd Razak kini lebih popular dengan gelaran "Bossku" dikalangan netizen media sosial susulan daripada video viral mantan Perdana Menteri ke 6 ini menyebut perkataan "Malu Apa Bossku". Video tersebut menjadi bualan kepada anak muda khususnya yang mengikuti perkembangannya. Susulan daripada itu, rating dan populariti Dato' Sri Najib Tun Abd Razak meningkat tinggi dan ramai yang dahulu tidak menyukai dan kini laman Facebook Najib Razak dihambur pelbagai pujian dengan post yang berfakta dan ada kala post yang troll kepada kepimpinan kerajaan.