Pekan - RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan semalam.
“Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada 2005, banyak kejayaan dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain,” titah baginda.
Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat negeri ini sejak 300 tahun lalu.Daripada kain yang dikhususkan khas kepada golongan istana, ia kini berkembang kepada satu bentuk seni halus yang menjadi simbol keunggulan status di samping mencerminkan nilai estetika si pemakai.
Comments
Post a Comment