Jika dahulu Serambi Pekan dibina untuk kemudahan peniaga menjual produk tempatan dan juga pengunjung luar melihat hasil produk tempatan dipandang sepi. Kini Serambi Pekan bertukar wajah baru hampir setiap hari menerima kunjungan ramai.
Serambi Pekan juga merupakan salah satu tempat bagi pengguna jalan raya dari Johor dan kawasan pantai timur untuk berehat selepas penat memandu. Serambi Pekan ini terdapat pelbagai kedai yang menjual produk tempatan seperti Puding Raja Kak Icah, produk IKS, KFC, kedai makan dan sebagainya. Pengunjung disini juga dapat menikmati pemandangan sungai Pahang.
Serambi Pekan ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pekan yang juga Mantan Perdan Menteri Malaysia ke 6, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak pada 23 Mei 2015. Semoga Serambi Pekan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Pekan dan menjadi salah satu tempat yang mesti dikunjungi oleh pelancong luar.
Comments
Post a Comment