Skip to main content

Status tapak rizab biosfera Tasik Chini bakal ditarik balik oleh UNESCO


Pemandangan dari udara sebahagian daripada bukit yang gondol akibat aktiviti perlombongan bijih di sekitar kawasan Tasik Chini. - Foto Farizul Hafiz Awang

Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan.
Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan.
Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakukan pengauditan ke atas tapak rizab biosfera itu pada Mei ini.
Kita percaya Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretariat bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia menyedari mengenai apa yang terjadi di Tasik Chini.
Oleh itu, sewajarnya kementerian berkenaan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) di bawah Kementerian Pendidikan bersama-sama kerajaan Pahang bekerjasama untuk menangani masalah ini, sekali gus memulihara kawasan berkenaan.
Petikan daripada Berita Harian Online.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M