Skip to main content

Pekan : Doktor datang ke rumah membantu merawat pesakit Warga Emas.


Seringkali kita menghadapi masalah untuk membawa ibu bapa yang sudah tua untuk ke hospital/klinik sekiranya sakit. Sama ada mereka sendiri yang enggan, atau kerana sudah terlantar dan tiada kenderaan untuk membawa mereka. Kekurangan anak lelaki yang dapat membantu menguruskan ibu ayah juga menjadi faktor mereka tidak dibawa ke hospital. Dengan itu, ramai pesakit warga emas tidak mendapat rawatan kesihatan yang sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, seorang doktor muda yang prihatin dengan nasib warga tua ini telah membuat satu servis rawatan ke rumah untuk warga Pekan. Sambutan yang hangat dari warga Pekan, rata rata mereka dari keluarga yang mempunyai ibu bapa yang tua, membuktikan bahawa mereka sangat memerlukan perkhidmatan doktor ke rumah ini.

Seperti yang diambil dari ucapan Puan Suzilawati yang telah menjadi pelanggan tetap perkhidmatan ini untuk ibunya, "Perkhidmatan doktor ini sangat bagus. Kini kami tidak perlu runsing lagi sekiranya ibu kami sakit dan memerlukan rawatan. Sekiranya dulu, kami terpaksa menyewa ambulance untuk ke hospital. Sekarang cukup senang, doktor terus datang memberikan rawatan ke rumah. Setiap selang sehari doktor akan datang untuk mencuci luka ibu saya dan alhamdulillah keadaan ibu bertambah baik. Saya sangat menyarankan kepada sahabat-sahabat saya".

Servis yang ditawarkan ini bukan terhad kepada warga tua sahaja, semua lapisan umur boleh mendapatkan faedah servis ini. Dari bayi kecil sehinggalah warga tua yang terlantar. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah konsuktasi, pemeriksaan dan rawatan doktor ke rumah, cucian luka, physiotherapy, ujian darah makmal, suntikan dan macam macam lagi. Harga yang ditawarkan cukup murah, jika di ibu kota servis seperti ini berharga rm300/lawatab tetapi DRAH2U hanya berharga RM50-80/lawatan. Cukup murah.

Untuk pertanyaan lanjut boleh lawati facebook page mereka di www.facebook.com/drah2u atau terus hubungi DRAH2U di talian 0134340648.

Pekan kini semakin berkembang, dengan kewujudan servis seperti ini kini masyarakat di Pekan setanding dengan warga kota yang lain.



Comments

  1. Terbaikk...sebar luaskan khidmat masyarakat CSR

    ReplyDelete
  2. Kat KL if ada tolong share contact no. Ayah sy susah nak bwk dia for chk up. .
    Tkasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M