Skip to main content

Seniwati Sarimah : Primadona dari Kampung Pulau Rusa Pekan.

Mungkin ramai yang tidak tahu pelakon yang memegang watak Mardiana dalam filem Alibaba Bujang Lapok ini berasal dari Kampung Pulau Rusa Pekan Pahang.

Sejarah tercipta apabila Sarimah ditawarkan berlakon memegang watak Mardiana dalam filem pertamanya, Ali Baba Bujang Lapok di bawah arahan P. Ramlee.




Populariti Sarimah meningkat secara mendadak selepas membintangi beberapa buah filem seperti Si Tanggang (1961) dan Ibu Mertuaku (1962).

Bermula dengan filem Ali Baba Bujang Lapok yang diedarkan pada 31 Januari 1961, Sarimah telah berlakon dalam filem Indera Bangsawan (1961), Si Tanggang (1961), Ibu Mertuaku (1962), Lu Balang Daik (1962), Batu Durhaka (1962), Labu dan Labi (1962), Norlaila (1962), Neraca (1963), Darah Muda (1963), Madu Tiga (1963), Tiga Abdul (1963), Bidasari (1965), Dayang Senan­dung (1965), Sri Andalas (1966), Gerak Kilat (1967), Jebak Maut (1967) dan filem terakhir Raja Bersiong (1968) karya Tunku Abdul Rahman.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M