Simpang bersebelahan dengan TNB Pekan dikatakan simpang berbahaya bagi pengguna jalan raya disitu kerana kesukaran pemandu kereta hendak menyusur keluar akibat pemilik meletakkan kereta mereka dibahu jalan.
Hampir setiap hari situasi ini berlaku dan sangat berbahaya bagi mereka yang tidak biasa menyusur keluar simpang ini. Ini kerana pemandu tidak nampak kereta yang datang dari arah kanan pemandu kesan dari kenderaan yang parking dibahu jalan tersebut.
Diharap kepada pihak berkuasa mengambil tindakan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Comments
Post a Comment