Pasti ramai rakyat Pahang terutamanya warga maya tertanya-tanya mengapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyahaktif akaun Twitter milik baginda baru-baru ini.
Sebelum ini, rata-rata netizen dilihat gembira dan senang dengan sikap Raja Permaisuri Agong yang dilihat sebagai mesra rakyat dan menggunakan akaun media sosial baginda itu untuk berinteraksi dengan rakyat.
Memetik laporan portal Malakat Tribune, menurut sumber rapat dari istana memaklumkan KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gering dan dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu.
Menurut sumber, baginda dimasukkan ke hospital selepas pulang menunaikan umrah bersama keluarga baginda baru-baru ini.
"Alhamdulillah, baginda dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu selepas menerima rawatan tersebut dan kini keadaan Tunku Azizah baik.
"Mungkin Tunku Azizah menyahaktif akaun Twitter milik baginda supaya kondisi baginda berada dalam keadaan baik semasa menerima rawatan di hospital," kata sumber itu.
Tambah sumber, beliau tidak dapat memastikan bila Tunku Azizah akan kembali mengaktifkan akaun Twitter namun berharap rakyat mendoakan supaya baginda kembali pulih seperti sedia kala.
Disediakan oleh Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#KerajaanNegeriPahang
#PahangGo
Comments
Post a Comment