Skip to main content

Makam Chondong Kampung Mengkasar Pekan Pahang.

Makam Chondong, yang terletak di Kampung Mengkasar, Pekan adalah salah satu makam penting kerana ia merupakan testimoni kepada hubungan erat yang pernah terjalin di antara Pahang dan Aceh pada abad ke-17 Masihi.

Keberadaan batu-batu nisan ini dicatatkan dalam Kitab Bustanu’s –Salatin yang ditulis oleh Sheikh Nuruddun ar-Raniri yang mengisahkan bagaimana Sultan Iskandar Thani telah memerintahkan Orang Kaya Maharaja Seri Maharaja, Orang Kaya Laksamana Seri Perdana Menteri dan Orang Kaya Lela Wangsa bertolak ke Pahang untuk meletakkan batu nisan pada makan ayahandanya.

Hal ini kerana semasa penaklukan Pahang, Sultan Iskandar Thani telah dibawa lari ke Acheh dan masih berumur tujuh tahun. Oleh yang demikian, baginda telah memerintahkan pembesar-pembesarnya meletakkan batu nisan di makam-makam keluarganya di Pahang.

Menurut cerita orang tua-tua dahulu, pada suatu hari pada tahun 1906, sekumpulan gajah sedang melintasi sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di Kampung Mengkasar. Tiba-tiba seekor daripada gajah-gajah itu telah naik minyak dan menyondol batu-batu nisan yang terdapat di makam itu, menyebabkan ia condong dan pecah.

Kejadian itu berlaku sewaktu gajah-gajah itu sedang menarik kayu-kayu untuk dibawa ke tapak istana Tengku Besar Mahmud (kemudiannya bergelar Sultan Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah, Sultan Pahang Moden ke-2). Pada masa itu, kerja-kerja membina istana Tengku Besar Mahmud sedang rancak dijalankan dan memerlukan banyak gajah untuk menarik kayu-kayu tersebut.

Disebabkan batu nisan itu pecah dan condong, lalu makam tersebut dinamakan Makam Chondong. Makam ini merupakan antara makam diraja yang paling tua di negeri Pahang selain dari Makam Sultan Muhammad Syah, Dusun Pinang, Pahang Tua dan Makam Diraja Kampung Marhum.

Antara yang dimakamkan di sini adalah raja terakhir dari susur galur Kesultanan Melaka iaitu Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (Marhum Pahang), Raja Muda Abdullah (Marhum Muda Pahang) dan Puteri Bongsu Chendera Dewi.

Credit : House of Pahang

Comments

Popular posts from this blog

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M...

Sejarah Keluarga Al-Attas

Makam Ziarat Raden Kampung Mengkasar Pekan.

Tidak ramai masyarakat Pekan hari ini tidak tahu mengenai Makam Ziarat Raden yang terletak di Kampung Mengkasar Pekan Pahang. Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang. Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi. Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1...