Skip to main content

Makam Sultan Pahang ke 12 (1592-1614) di Makam Chondong Pekan

Paduka Sri Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Kadir Alauddin Shah ialah Sultan Pahang Ke-12 dari susur galur Kesultanan Melaka dan memerintah dari tahun 1592 hingga 1614

Baginda pernah melarikan diri ke Jelai, Pattani bersama anakanda yang sulung, Raja Abdullah, akibat pemberontakan oleh anakanda baginda iaitu Raja Alauddin

Pada tahun 1614, baginda dan Raja Abdullah telah berangkat pulang ke Pahang tetapi kedua-duanya mangkat pada 16 Ogos 1614 akibat diracun oleh Raja Alauddin

Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah dan Raja Abdullah telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Makam Chondong, Pekan, dan berakhirlah Kesultanan Pahang dari susur galur Kesultanan Melaka

Credit : House of Pahang

Comments