Skip to main content

SS Amherst : Kapal karam di Paloh Hinai.


November merupakan bulan yang sinonim dengan musim tengkujuh atau lebih di kenali sebagai monsun tropika, meskipun begitu bagi meneruskan operasi pengangkutan, sebuah kapal di kenali sebagai SS Amherst dari Singapura meneruskan juga pelayaran menuju ke Kota Bharu, Kelantan. Kapal ini adalah sebuah kapal dengan enjin berkuasa wap, justeru di pangkal namanya terdapat perkataan “SS” yang merujuk kepada Steam Ship, dalam operasi kali ini ia di ketuai oeh seorang kapten berbangsa Melayu di kenali sebagai Kapten Angus.

Kapal seberat 107.88 tan dengan didaftarkan sebagai kapal kargo dengan nombor pendaftaran 90097, ia dibina di Glassgow dalam tahun 1886, kemudiannya dimiliki oleh syarikat British, akhirnya kapal ini di tempatkan di pelabuhan Singapura. Insiden yang menamatkan perkhidmatannya selama lima belas tahun berlaku apabil ia bertolak dari Singapura pada 16 November 1901 dengan Pelabuhan Kota Bharu sebagai destinasi akhirnya, waktu itu ia dipenuhi dengan kargo pelbagai barangan, kapal ini juga membawa sejumlah 77 orang penumpang dengan di gerakkan oleh 42 orang anak kapal.




Insiden bermula apabila SS Armhest tiba di Sunga Pahang sekitar jam 8:00 pagi pada 17 November 1901 selepas ia berlabuh bagi menurunkan penumpang, bagaimanapun ketika ia mahu meneruskan pelayaran pada pukul 10:00 pagi, bagaimanapun ia mula tenggelam perlahan-lahan akibat pukulan ribut dan ombak besar di sertai dengan hujan yang lebat menyebabkan arus kuat di sungai tersebut, beberapa percubaan untuk mengekalkan kedudukan kapal telah dilakukan, namun kapal tersebut gagal untuk terus belayar.



Arus dalam sungai Pahang makin kuat pada sebelah petang hari tersebut, menyebabkan kapal itu turut bergerak menuruti arus sungai, pada jam 6:00 petang kapten dan anak-anak kapal tetap cuba mengelakkan kapal itu terus berada dalam arus sungai namun atas sebab yang tidak diketahui pada jam 8:00 malam sauh kapal tersebut telah dijatuhkan menyebabkan kapal di masuki air dan karam dalam masa yang singkat.



Anak-anak kapal SS Armhest pula telah meninggalkan kapal itu tanpa arahan menyebabkan beberapa daripada mereka telah lemas dalam arus sungai tersebut, manakala anak kapal yang lain menyelamatkan para penumpang dengan seorang anak kapal membawa tiga orang penumpang berenang menyelamatkan diri. Para pegawai SS Armhest meninggalkan kapal tersebut setelah memastikan semua penumpang selamat, insiden ini kemudiannya mendapat liputan meluas di Singapura, ia telah dilaporkan dalam Singapore Free Press pada 10 Disember 1901.



Empat bulan selepas insiden tersebut satu inkuiri telah dijalankan oleh  Mahkamah Maritim Singapura pada 21 Februari 1902, mahkamah memutuskan S.S. Amherst terkandas di tebing sungai pahang pada 17 November 190, setelah beberapa percubaan dilakukan kapal itu telah karam akibat hantukan kuat dari sauh kapal itu yang tidak sengaja diturunkan menyebabkan kapal itu dibanjiri air. Mahkamah tersebut juga memutuskan kehilangan kapal dan nyawa dalam insiden tersebut, diakibatkan oleh sauh yang dijatuhkan dari kapal dan ia bukan salah tadbir atau kecuaian pegawai-pegawai kapal tersebut. Kampung Tanjung Benut, Paloh Hinai merupakan lokasi karamnya SS Armhest, semenjak itu lokasi tersebut dianggap keras oleh penduduk sekitar kampung itu, mereka melarang orang ramai mendekati lokasi itu berikutan berlakunya kejadian mistik sekitar kawasan kapal karam itu.

Tahun-tahun awal selepas insiden tersebut, bangkai kapal itu masih dapat dilihat, bagaimanapun ia mula tenggelam di dasar sungai selepas beberapa puluh thaun kemudian hinggalah kejadian air Sungai Pahang mula mengering dari awal tahun 2016, bangkai kapal ini jelas kelihatan di dasar sungai. Semenjak itu lokasi ini dikunjungi oleh pelbagi pihak terutama dari Jabatan Warisan Negara dan Media Tempatan, pengkaji sejarah turut mengunjungi kawasan itu, tidak kurang juga pencari harta karun juga mengunjungi lokasi kapal karam itu.

Laporan-laporan Media Massa berkenaan kapal karam ini turut dikongsi puluhan penggiat media sosial, termasuklah saya, hal ini adalah kerana kisah kapal karam ini jarang kita tahu dengan lengkap selain ia dikaburi oleh kisah mistik masyarakat setempat menyebabkan banyak cerita tambahan yang tidak dapat diterima akal.

Rujukan:
1) Report of Inquiry SS Amherst 22 February 1902
2) Singapore Free Press, 10 Disember 1901
  • http://www.mynewshub.cc/2016/07/20/bangkai-ss-amherst-perlu-diapung-untuk-kajian-sejarah-pahang/
  • http://www.plimsoll.org/resources/SCCLibraries/WreckReports/18226.asp
  • http://www.nst.com.my/news/2016/05/143744/shipwreck-sg-pahang-likely-british-vessel-amherst
  • http://www.rhiw.com/y_mor/ships_photos_03/p&o/singapore.jpg
  • [Gambar]http://www.mynewshub.cc/wpcontent/uploads/2016/07/06hmbang1_1462491100.jpg
  • [Gambar]http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201605/04/150355dxluqiaxhiqlx727.jpg
  • [Gambar]http://www.thestar.com.my/~/media/online/2016/05/05/19/33/main_gj_060516_pg03a_geraldine_1.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=A5FA7C757D4105D5261958EA17F976061B87948C

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M