Skip to main content

Mata Wang Tampang urus niaga pada zaman dahulu di negeri Pahang.



Pada tahun 1889, mata wang tampang telah diisytiharkan oleh Pentadbiran Inggeris sebagai sah diperlakukan di negeri Pahang. Tampang ialah istilah yang digunakan bagi mata wang yang diperbuat daripada timah yang digunakan pada zaman dahulu di negeri Pahang.



Adalah dipercayai mata wang tampang ini juga digunakan di negeri-negeri lain misalnya di negeri Melaka, menurut catitan sejarah China di awal kurun ke 15, matawang diperbuat dari timah ini ada digunakan di negeri Melaka. Ia adalah dalam bentuk blok-blok kecil timah yang beratnya antara 900 gm atau 750 gm atau 10 blok kecil itu diikat dengan rotan dan dijadikan satu bundal kecil. Manakala 40 blok dijadikan bundal besar. 


Penggunaan blok-blok timah ini sebagai mata wang di negeri Melaka telah dihentikan apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam tahun 1511. Penggunaan mata wang tampang di negeri Pahang ada dicatitkan oleh Munshi Abdullah dalam bukunya ‘Pelayaran Abdullah Munsyi”. Beliau menyatakan bahawa mata wang tampang itu ada digunakan di negeri Pahang dalam tahun 1837. 


Walaubagaimanapun, pentadbiran Inggeris di negeri Pahang telah mengisytiharkan bahawa mata wang tampang ini sah diperlakukan pada hari ini dalam tahun 1889. Dalam pengisytiharan itu dinyatakan bahawa pengeluaran mata wang tampang ini tidak dibenarkan lagi selepas pengisytiharan tersebut. Akhirnya mata wang tampang ini tidak lagi sah diperlakukan di negeri Pahang mulai dari tahun 1893.

Sumber : Arkib Negara

Comments

Popular posts from this blog

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M...

Sejarah Keluarga Al-Attas

Makam Ziarat Raden Kampung Mengkasar Pekan.

Tidak ramai masyarakat Pekan hari ini tidak tahu mengenai Makam Ziarat Raden yang terletak di Kampung Mengkasar Pekan Pahang. Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang. Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi. Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1...