Skip to main content

Makam Diraja Kampung Marhum Pekan.


Makam Diraja Kampung Marhum, mukim Kuala Pahang, Pekan telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Makam Diraja ini merupakan makam diraja yang terbesar di Negeri Pahang dari segi jumlah Raja Pemerintah dan Kerabat yang dimakamkan di situ.



Sultan Abdul Jalil IV Ri’ayat Shah (Sultan Johor Pertama dari Dinasti Bendahara) merupakan antara yang pertama dimakamkan disini, pada tahun 1721. 4 orang Raja Bendahara Pahang dimakamkan disini iaitu Bendahara Tun Abdul Majid (Raja Bendahara Pahang Pertama) pada tahun 1802, Bendahara Tun Muhammad pada tahun 1803, Bendahara Tun Koris pada 1806 dan Bendahara Tun Ali pada 1858.



3 orang Sultan Pahang Moden, Almarhum Sultan Ahmad Al-Mua’zzam Shah, Almarhum Sultan Mahmud Shah dan Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah dimakamkan di sini pada tahun 1914, 1917 dan 1932.


Almarhum Sultan Abdullah A-Mu’tassim Billah adalah Sultan Pahang yang terakhir dimakamkan di sini. Penggantinya, Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dimakamkan di Makam Diraja Pekan.

Credit : House Of Pahang

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M