Perhubungan darat di antara Pekan dan Kuantan menjadi lebih pantas berikutan perasmian Jambatan Sultan Abu Bakar pada 28 Februari 1970
KDYMM Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al Mu’tasim Billah Shah telah merasmikan pembukaan Jambatan Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang yang merentangi Sungai Pahang
Ianya dinamakan Jambatan Sultan Abu Bakar mengambil sempena nama baginda.
Jambatan sepanjang 600 meter ini, menghubungkan Peramu atau dikenali juga sebagai Pekan Seberang dengan Kampung Mengkasar, yang terletak berhampiran dengan bandar Pekan dan telah menelan belanja sebanyak $2.5 juta
Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk-penduduk Pekan terpaksa menggunakan Feri (Pontoon) sebagai alat perhubungan bagi merentasi Sungai Pahang
Perjalanan menggunakan feri ini mengambil masa yang agak panjang, malah membahayakan terutama pada musim banjir
Dengan adanya jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan penduduk untuk menyeberangi Sungai Pahang malah dapat menyediakan laluan perhubungan darat yang lebih baik.
Comments
Post a Comment