Pemandangan dari udara sebahagian daripada bukit yang gondol akibat aktiviti perlombongan bijih di sekitar kawasan Tasik Chini. - Foto Farizul Hafiz Awang Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan. Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan. Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakuk...