PEKAN, 28 JANUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pemangku Raja Pahang, YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang baru. Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim sebagai Timbalan Yang Dipertua Muip baru menggantikan YDH. Datuk Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan. Kedua-dua anakanda baginda mengangkat sumpah pada majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-179 hari ini. Pada majlis berkenaan, empat Ahli Mesyuarat Majlis yang baru dilantik iaitu Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamarudin, Prof. Dr. Fariza binti Md. Sham, Prof. Madya Dr. Hasan bin Ahmad dan Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah turut mengangkat sumpah. Ketibaan Yang...