Skip to main content

(Resepi) Sambal Kulat Sisir


Sambal kulat sisir antara hidangan tradisional yang semakin dilupakan. Antara penyebab hidangan ini semakin dilupakan kerana harga pasara kulat sisir pada masa kini agak mahal. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan penyebab untuk melupakan hidangan tradisi ini.

KULAT SISIR  SAMBAL

Bahan-bahan

  • 3 genggam kulat sisir- direndam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit 
  • 7-12 biji cili padi ( ikut suka kepedasan memasing)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu minyak masak - untuk menumis
  • Sedikit garam gula dan perasa 


Cara-cara

  1. Kulat yg telah direndam dalam 10-15 menit tu ditumbuk. Just nak bagi dia pecah2 dan lembut.Jangan lumat sangat. Tujuan direndam adalah untuk mengasingkan dari benda asing..ye la kan amik kat batang pokok2 kayu..Ada gek la kulit batang kayu yg folo masa kutip
  2. Bawang merah, bawang putih, kunyit, cili padi tumbuk hingga lumat
  3. Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan yg tunmbuk dan serai yg telah dititik.Tumis hingga naik bau or pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan la kulat sisir yg telah ditumbuk dan sedikit air untuk memasakkan kulat tu.Masukkan garam gula dan perasa mengikut rasa u all. Gaul mesra dan masak hingga kulat masak dan pekat. 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M