Pantai Air Leleh di Pekan Pahang kini sudah menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar untuk menikmati keindahan pantai disini. Kini sudah ada fasiliti telah diwujudkan bagi keselesaan pengunjung yang datang kesini.
Namun, keindahan pantai ini telah dicemari oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Agak kesal melihat keadaan ini kerana mereka tiada mengambil berat tentang kebersihan tempat awam. Tinjauan mendapati mereka yang datang berkelah membiarkan sampah mereka tanpa mengutip balik buang ditempat sepatutnya.
Harap pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk menangani masalah ini. Semoga Pantai Air Leleh ini menjadi tarikan yang lebih menarik setanding dengan pantai-pantai utama yang ada di Negeri Pahang.
Comments
Post a Comment