Tetapi sebenarnya anda tak perlu terbang jauh sampai Jepun kerana di Malaysia juga ada pulau kucing yang terletak di Pusat Tenun Pekan, Pahang.
Difahamkan, pada mulanya tempat ini adalah pusat perlindungan kucing terbiar yang kemudiannya tempat ini sekarang diselia oleh beberapa orang sukarelawan dari Perancis.
Jika anda ingin datang melawat, dinasihatkan untuk bawa barang sumbangan berbentuk makanan kucing atau peralatan perubatan. Boleh Waze Meow Island atau cari Pusat Tenun Pekan.
Pulau ini hanya dibuka dari hari Khamis hingga Selasa. Jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM3 dan RM1 untuk kanak-kanak.
Menariknya, semua kucing di pulau tersebut sangat jinak dan akan berkerumun dekat anda, malah setiap daripada mereka mempunyai nama mereka sendiri.
Comments
Post a Comment