Skip to main content

Sejarah Sekolah Men Keb Dato' Mahmud Mat Pekan Pahang.


Pada asalnya sekolah ini adalah sekolah Melayu En. Sh Ahmad bin Sh Parat telah mewakafkan tanah kepada Jabatan Pendidikan untuk dijadikan sebuah sekolah. Pada awal Januari 1965, sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah 65 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih. Nama ini dipilih semperna nama tempat sekolah ini yang terletak dikawasan tanah putih.

        Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh yang berhormat En. Khir Bin Johari pada 9 Oktober 1967.pada tahun 1981, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat.selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran ketika itu yang mengkehendaki semua sekolah menengah dinamakan dengan tokoh tempatan yang berjasa dan telah meninggal dunia.

       Terdapat juga cadangan untuk menamakan sekolah ini menurut tuan punya asal tanah ini tetapi cadangan itu ditolak. Keluasaan kawasan sekolah ini pada masa kini adalah 3.6883 hektar.pada peringkat awal nama yang mahu digunakan hanyalah Sekolah Kebangsaan Tanah Putih,tetapi dinasihatkan oleh pihak pendaftar Sekolah-Sekolah Pahang supaya ditambah menjadi Sekolah Kebangsaan Dato Mahmud Mat. Alasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan dengan nama Mahmud. Nama Dato’ Mahmud Mat dipilih kerana sebuah sekolah di Raub. Sekolah menengah beliau adalah merupakan seorang tokoh yang berjasa besar terhadap negeri Pahang.

       Dato Mahmud Mat dilahirkan pada tahun 1894 dan anak jati daerah Pekan. Beliau adalah Menteri Besar Pahang yang pertama.Di peringkat Persekutuan beliau pernah dilantik menjadi Menteri Tanah dan Galian yang pertama serta Speaker Dewan Rakyat yang pertama.beliau telah dianugerahkan penghormatan tertinggi iaitu Dato’ Setia Wangsa oleh DYMM Sultan Pahang. Sejarah latar belakang beliau yang hanya merupakan anak kampong tetapi berjaya mengangkat martabat dirinya hingga ke tahap yang membanggakan,diharapkan menjadi inspirasi kepada semua pelajar sekolah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M