Skip to main content

Pekan : Cikgu Mie redah hantar bantuan kepada keluarga murid Orang Asli SK Simpai.


Dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa ketika ini, ramai yang terkesan dengan krisis Covid yang tengah melanda ketika ini. Masyarakat orang asli juga tidak terlepas menerima kesan krisis yang dihadapi oleh semua lapisan.

Cikgu Mie nama yang tidak asing bagi warga penduduk orang asli yang tinggal di sekitar Simpai Pekan dan juga berhampiran. Cikgu Mie yang merupakan salah seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Simpai amat dikenali dengan perwatakan yang lasak, baik hati dan suka berhadapan dengan cabaran. 

Hari ini, atas keprihatinan sebagai warga pendidik kepada anak murid yang sedang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bantuan ketika PKP ini, Cikgu Mie telah meredah laluan hampir 10km untuk menghantar bantuan keperluan dapur kepada keluarga anak murid orang asli ini. 

Perkara tersebut Cikgu Mie telah kongsi dalam facebooknya untuk makluman tersebut,




Semoga dimurahkan rezeki selalu Cikgu Mie sekeluarga dan terima kasih atas keprihatinan dalam membantu masyarakat orang Asli di sini. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M...

Sejarah Keluarga Al-Attas

Makam Ziarat Raden Kampung Mengkasar Pekan.

Tidak ramai masyarakat Pekan hari ini tidak tahu mengenai Makam Ziarat Raden yang terletak di Kampung Mengkasar Pekan Pahang. Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang. Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi. Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1...