Skip to main content

SMK Seri Pekan tamatkan dominasi 30 tahun SHAH Pekan.



Selepas 30 tahun Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH) mendominasi olahraga MSSD Pekan sejak 1989 akhirnya SMK Seri Pekan (SMKSP) mencipta nama pasukan pertama muncul juara  yg memadam rekod SHAH. Manis lagi ia sejarah pertama SMK Seri Pekan muncul juara MSSD Pekan sejak SP diwujudkan pada 1997. Lebih manis lagi pasukan pertama muncul juara di Mini Stadium Kompleks Sukan Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan Pahang.




Kejohanan Olahraga MSSD Pekan kali ke 49 yang berlangsung di Mini Stadium Kompleks Sukan Sultan Hj Ahmad Shah Pekan pada 25-27 Februari 2020 dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Pekan, Tn Hj Mohd Razali bin Mustafar.



2 orang guru yg mnjdi jurulatih sekolah iaitu En Mohd Zarim dan en Heikal Hafiz juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut dan dibantu oleh alumni yang banyak memberi sokongan tenaga dan wang ringgit. SMK Seri Pekan menamatkan kemarau penantian selama 23 tahun utk bergelar johan sejak sekolah itu ditubuhkan pada tahun 1997 sekaligus memadam rekod 30 tahun SHAH Pekan.



Majlis penghargaan gilang gemilang akan diadakan di Hotel Ancasa Royale pada hujung bulan ini yang akan dihadiri oleh ADUN Pulau Manis, YB Dato Hj Khairuddin b Hj Mahmud bersama Dato Hj Abdul Hamid b Abu Bakar dan bekas2 guru sekolah tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M