PEKAN 27 Mac - Akibat daripada tindakan seorang lelaki yang telah melanggar
sekatan jalan raya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang didirikan
oleh BSPTD Pekan telah menerima padah apabila dituduh di Mahkamah Majistret
Pekan,Pahang pada 27/03/2020 di bawah Sek. 42(1) APJ 1987 & Sek. 26(2) Akta
Polis 1967.
OKT mengaku salah ke
atas kedua-dua pertuduhan dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman di bawah Sek.
42(1) Apj 1987 penjara 14 hari dari tarikh tangkap dan denda RM5000.00 jika
gagal bayar, 3 bulan penjara manakala hukuman di bawah Sek. 26(2) Akta Polis
1967 adalah sebulan penjara. Hukuman berjalan serentak dari tarikh tangkap.
Comments
Post a Comment