Skip to main content

Pekan : 17 individu termasuk remaja didakwa langgar PKP.


PEKAN, 26 Mac 2020: Bosan duduk rumah, mahu pergi ziarah kubur, sengaja keluar melepak dengan kawan dan mahu mengambil teman wanita untuk dibawa ke Kuantan merupakan antara alasan mereka yang ditahan pihak berkuasa sepanjang OP COVID-19 di daerah Pekan sejak lima hari lalu.

Natijahnya, seramai 17 orang termasuk seorang wanita orang asli dan empat remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Kesemua tertuduh berusia lingkungan 16 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7(1) Peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Semua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Majistret Azizah Ahmad kemudiannya memerintahkan tertuduh membayar antara RM900 hingga RM1,000 dan menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Empat tertuduh juvana dibenar diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 2 Jun ini bagi sebutan semula kes terhadap semua tertuduh bawah umur sementara menunggu laporan akhlak mereka daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala semua tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan dan peguam Ahmad Zamir Zamri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).-PAHANGMEDIA

Oleh: Fairus Mohd


#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#KerajaanNegeriPahang
#Ukomp

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M