Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi secara "One-Off" akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion. JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL Terdapat empat kategori penerima iaitu: Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40) Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut: Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020. Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan. RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei. Individu b...