Skip to main content

Posts

Isu Air Chini : Kerajaan Pusat disaran teruskan projek yang diluluskan sebelum ini.

PEKAN - Kerajaan Pusat ketika ini disarankan supaya segera membina projek pembinaan takungan air yang diluluskan kerajaan sebelum ini yang sepatutnya dibuat pada akhir tahun lepas. Projek pembinaan  sebuah sebuah kolam takungan baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Chini mengikut perancangan awal akan dimulakan pada tahun lepas. Bagaimanapun, peruntukan itu dihentikan sementara oleh kerajaan Pusat, namun kerajaan Pusat bersetuju meluluskan peruntukan tersebut dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini pada bulan lepas. Sebagai langkah segera mengatasi masalah gangguan bekalan air di kawasan Chini, syarikat Pengurusan Air Pahang (PAIP) menyediakan 14 lori tangki menghantar bekalan air secara berterusan selain menyediakan 15 tangki statik untuk kegunaan penduduk. Berita lanjut : https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/541518/kerajaan-pusat-peruntukan-rm12-juta-atasi-masalah-air-di-chini. 

Isu Hakisan Pantai Nenasi : Wakil penduduk setempat berpuas hati usaha ADUN Bebar dan JPS Pahang.

PEKAN 11 Mac 2019 - Satu Sesi Penglibatan Awam "Public Engagement" bagi isu hakisan pantai Kg. tanjung Batu, Kg Nenasi dan Merchong pada petang semalam di Dewan Orang Ramai Kg Nenasi Pantai Pekan. Kira-kira 50 orang wakil penduduk setempat dan agensi yang terlibat dalam sesi ini anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang dan Pekan. Dalam sesi ini pihak JPS Pekan mengadakan dialog bersama wakil penduduk bagi mengambil kira mengenai isu setempat bagi memastikan projek membaik pulih hakisan pantai berjalan dengan lancar. Menurut Jurutera JPS Pahang saudara Ir. Mohamad Azam bin Mohd Nor berkata, pihak JPS Pahang mengambil serius mengenai isu ini demi keselamatan penduduk setempat. Isu hakisan ini melibatkan 3 tempat yang dikira paling utama untuk difokuskan dalam projek membaik pulih ini. Menurut katanya lagi, JPS Pahang dan Pekan mengambil butiran yang lebih lanjut daripada wakil penduduk bagi merangka kerja-kerja membaik pulih kawasan yang terlibat dengan lancar....

Pemuda UMNO, PAS dan NGO Pekan buat laporan polis bantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

PEKAN 8 Mac 2019 - Pemuda UMNO, PAS dan badan-badan NGO Daerah Pekan hari ini membuat laporan polis membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Hampir 200 orang hadir untuk memberi sokongan membantah terhadap penghinaan ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato' Nizar Najib berkata, suasana isu yang berlaku mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW seperti tiada noktah kerana isu ini berulang kali dan sering timbul dalam masa yang terdekat. Turut bersama tadi, YDP PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim bersama dengan kepimpinan PAS setempat dan wakil-wakil NGO dalam daerah Pekan.

Status tapak rizab biosfera Tasik Chini bakal ditarik balik oleh UNESCO

Pemandangan dari udara sebahagian daripada bukit yang gondol akibat aktiviti perlombongan bijih di sekitar kawasan Tasik Chini. - Foto Farizul Hafiz Awang Kajian yang dijalankan di kawasan berkenaan menunjukkan jumlah keluasan tasik semakin menyusut berbanding saiz asalnya dengan perubahan paling ketara membabitkan kedalaman tasik akibat berlakunya mendapan sedimen daripada kegiatan penerokaan hutan dan perlombongan. Kesan buruknya, ia boleh menyebabkan sebahagian besar bandar Pekan berpotensi dilanda banjir kerana Tasik Chini adalah zon penampan semula jadi banjir untuk menakung curahan air hujan sebelum dialirkan ke Sungai Pahang, kini tidak lagi mampu melakukan fungsi berkenaan. Selain itu, tidak mustahil status tapak rizab biosfera yang dianugerahkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu akan ditarik balik pada bila-bila masa. Masa semakin suntuk untuk melakukan pemulihan dengan pihak UNESCO dijangka melakuk...

Jalan sesak kerana ramai yang turun untuk bertemu dengan Najib.

Pekan - Ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak semalam turun ke perkarangan tempat letak kereta McD Pekan bertemu dengan anak-anak muda yang ingin bersama dengannya. Ungkapan "Bossku" bergema ketika DSN tiba ke situ dan kira-kira seribu lebih pengunjung menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri ke 6 tersebut.. Ramai pengunjung dan anak muda mengambil peluang untuk bergambar dan bersalam dengan Dato' Seri Najib. Memang sesak semalam. Fenomena baru bagi anak-anak muda Pekan.

Ramai orang Pekan datang untuk bertemu dengan Najib.

Tanjung Selangor Pekan - Ahli Parlimen Pekan, Dato' Seri Najib Tun Abd Razak hari ini merasmikan Karnival Sukan Rakyat Dun Peramu Jaya 2019 di Kem PLKN Semarak pada pagi tadi. Karnival ini disertai oleh ratusan masyarakat disini menyertai kejohanan antaranya futsal padang, bola jaring dan lain-lain. Dalam pada itu juga ramai yang bersorak menjerit Malu Apa Bossku yang menjadi trending seluruh Malaysia.. 

Tenun Pahang Diraja semakin unggul.

Pekan - RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar merasmikan  Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan semalam. “Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada 2005, banyak kejayaan dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain,” titah baginda. Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat negeri ini sejak 300 tahun lalu. Daripada kain yang dikhususkan khas kepada golongan istana, ia kini berkembang kepada satu bentuk seni halus yang menjadi simbol keunggulan status di samping mencerminkan nilai estetika si pemakai.