Skip to main content

Isu Hakisan Pantai Nenasi : Wakil penduduk setempat berpuas hati usaha ADUN Bebar dan JPS Pahang.


PEKAN 11 Mac 2019 - Satu Sesi Penglibatan Awam "Public Engagement" bagi isu hakisan pantai Kg. tanjung Batu, Kg Nenasi dan Merchong pada petang semalam di Dewan Orang Ramai Kg Nenasi Pantai Pekan.

Kira-kira 50 orang wakil penduduk setempat dan agensi yang terlibat dalam sesi ini anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang dan Pekan. Dalam sesi ini pihak JPS Pekan mengadakan dialog bersama wakil penduduk bagi mengambil kira mengenai isu setempat bagi memastikan projek membaik pulih hakisan pantai berjalan dengan lancar.

Menurut Jurutera JPS Pahang saudara Ir. Mohamad Azam bin Mohd Nor berkata, pihak JPS Pahang mengambil serius mengenai isu ini demi keselamatan penduduk setempat. Isu hakisan ini melibatkan 3 tempat yang dikira paling utama untuk difokuskan dalam projek membaik pulih ini. Menurut katanya lagi, JPS Pahang dan Pekan mengambil butiran yang lebih lanjut daripada wakil penduduk bagi merangka kerja-kerja membaik pulih kawasan yang terlibat dengan lancar.

Pihak JPS Pahang juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ADUN Bebar, YB Dato' Fakhruddin Ariff yang juga merupakan EXCO Kerajaan Pahang yang membawa isu hakisan pantai ini untuk diambil perhatian segera demi keselesaan masyarakat setempat.

Hasil rumusan daripada sesi ini banyak mencapai kata sepakat untuk memberikan kerjasama bagi melancarkan projek ini berjalan dengan baik untuk kebaikan bersama. Banyak cadangan yang baik dan idea yang dilontarkan bersama dalam sesi ini.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M