PEKAN 8 Mac 2019 - Pemuda UMNO, PAS dan badan-badan NGO Daerah Pekan hari ini membuat laporan polis membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.
Hampir 200 orang hadir untuk memberi sokongan membantah terhadap penghinaan ini. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Dato' Nizar Najib berkata, suasana isu yang berlaku mengenai penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW seperti tiada noktah kerana isu ini berulang kali dan sering timbul dalam masa yang terdekat.
Turut bersama tadi, YDP PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim bersama dengan kepimpinan PAS setempat dan wakil-wakil NGO dalam daerah Pekan.
Comments
Post a Comment