Skip to main content

Posts

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M...

Makam Ziarat Raden Kampung Mengkasar Pekan.

Tidak ramai masyarakat Pekan hari ini tidak tahu mengenai Makam Ziarat Raden yang terletak di Kampung Mengkasar Pekan Pahang. Makam Ziarat Raja Raden dilihat agak penting dalam sejarah dan kebudayaan Islam di Pahang. Antara yang dimakamkan di sini adalah Raja Fatimah puteri kepada Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Melaka ketujuh (1477-1488 Masihi). Raja Fatimah adalah isteri kepada Sultan Abdul Jalil (Jamil). Tarikh batu nisan Raja Fatimah bertulis 15 Syawal 900 Hijrah bersamaan 7 Julai, 1495 Masihi. Sultan Abdul Jalil (Jamil) Sultan Pahang ketiga, merupakan putera Sultan Muhammad Shah, Sultan Pahang pertama (mangkat pada 1475 Masihi). Sultan Melaka, Sultan Mahmud telah menghantar orang besar baginda yang bergelar Seri Dewa Raja pergi ke Pahang meraja dan menobatkan Sultan Abdul Jamil Shah sebagai Sultan Pahang. Sultan Abdul Jamil berkahwin dengan Raja Fatimah sepupu baginda dan kakak kepada Sultan Mahmud. Pada masa Sultan Mahmud Shah di Pahang (tahun 1511-1...

Makam Chondong : Bukti hubungan erat Pahang dan Aceh abad ke-17 Masihi.

Makam Chondong menjadi salah satu makam penting kerana ia merupakan testimoni kepada hubungan erat yang pernah terjalin di antara Pahang dan Aceh pada abad ke-17 Masihi. Keberadaan batu-batu nisan ini dicatatkan dalam Kitab Bustanu’s –Salatin yang ditulis oleh Sheikh Nuruddun ar-Raniri yang mengisahkan bagaimana Sultan Iskandar Thani telah memerintahkan Orang Kaya Maharaja Seri Maharaja, Orang Kaya Laksamana Seri Perdana Menteri dan Orang Kaya Lela Wangsa bertolak ke Pahang untuk meletakkan batu nisan pada makan ayahandanya. Hal ini kerana semasa penaklukan Pahang, Sultan Iskandar Thani telah dibawa lari ke Acheh dan masih berumur tujuh tahun. Oleh yang demikian, baginda telah memerintahkan pembesar-pembesarnya meletakkan batu nisan di makam-makam keluarganya di Pahang. Menurut cerita orang tua-tua dahulu, pada suatu hari pada tahun 1906, sekumpulan gajah sedang melintasi sebuah tanah perkuburan lama yang terletak di Kampung Mengkasar. Tiba-tiba seekor daripada gajah-gajah itu ...

Makam Nibong@Tembuni Kampung Mengkasar Pekan.

KOMPLEK Makam Nibong di kampung Mangkasar, Pekan. Di sinilah letaknya Makam Sultan Zawal, Sultan Pahang yang mangkat pada tahun 1555 dan di sini jugalah makam Sultan Mansur Shah. Saya kira kita lebih banyak dapat mengetahui tapak-tapak bersejarah di sekitar Pekan bahkan seluruh negeri Pahang, kerana di Muzium tersebut terdapat penerangan serba sedikit mengenai latar belakang sejarah negeri Pahang bermula dari zaman prasejarah hinggalah zaman kemerdekaan. Saya tertarik untuk mengkaji beberapa buah makam lama yang terdapat di Kuala Pahang dan juga di sekitar bandar Pekan, di mana saya dapati ada tapak-tapak bersejarah yang belum dikenal pasti dengan jelas. Antaranya ialah Kompleks Makam Nibong yang terletak di Kampung Mangkar yang berdekatan dengan bandar Pekan. Menurut catatan sejarah Pahang di Makam Nibong itulah dimakamkan Almarhum Sultan Zainal Abidin, sultan yang memerintah Pahang dari tahun 1530 hingga tahun 1555. Di zaman dulu makam Nibong itu disebut Mak...

Sultan Pahang Pertama disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum.

Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah telah mangkat di Istana Pantai, Pekan pada 9 Mei 1914 sewaktu berusia 78 tahun. Jenazah baginda telah dibawa ke Kuala Pahang dan disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang. Almarhum merupakan Sultan Pahang pertama yang memakai gelaran Sultan yang disemadikan di Makam Diraja tersebut. Putera Almarhum, Sultan Abdullah merupakan Sultan Pahang terakhir yang disemadikan di Makam Diraja Kampung Marhum, iaitu pada 22 Jun 1932. Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.

Asal usul nama Pekan Pahang.

Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah  Inderapura , disebut  Pahang Inderapura . Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama  PEKAN . Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang. Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (B...

Peluang bertemu Menteri Besar Pahang petang ini di Pahang Tua.

Pekan 19 Jun - YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Pahang Tua pada petang ini (19 JUN 2019) jam 5.00 petang dalam Majlis Ramah Mesra bersama pesawah padi Mukim Pahang Tua. YAB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka tiba pada pukul 4.30 petang untuk Solat Asar di Masjid Kampung Lamir sebelum mendengar penerangan oleh pihak IADA Pahang di Pejabat Penghulu Mukim Pahang Tua. Beliau juga akan bergerak melihat kawasan tapak sawah padi di sekitar Pahang Tua dengan Motosikal dan seterusnya beramah mesra sambil minum petang bersama masyarakat setempat.