Skip to main content

Jaga kemuliaan dan gelaran diberikan' - Pemangku Raja Pahang

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada mereka.


Tengku Hassanal bertitah, peringatan itu juga terpakai kepada bakal penerima darjah kebesaran, yang mana baginda menegaskan bahawa 'setiap kurniaan di bumi Allah datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung'.

"Jangan sesekali bersikap riak dan angkuh, sebaliknya ambil resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Berilah sumbangan sebaiknya kepada negeri dan rakyat beta," titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini.


Pada istiadat itu, Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran kepada 56 penerima termasuk lapan kekanda dan adinda baginda yang masing-masing menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera.


Tengku Hassanal pada titah itu juga menitipkan doa supaya Allah SWT terus mencorak, membentuk, mendidik dan mengurniakan perkara yang baik kepada ayahanda baginda yang kini bersemayam di Istana Negara selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Tengku Ampuan Pahang.


Merujuk kepada nama pilihan Seri Paduka, Tengku Hassanal berkata, nama yang bermaksud 'Sultan sebagai hamba Allah, pembela agama yang terpilih oleh Allah' adalah hasrat Seri Paduka supaya sentiasa menjadi doa dan mendapat limpah perkenan Allah dalam menjalankan amanah yang diberikan.


"Keterikatan baginda (Seri Paduka) kepada Allah mewajibkan baginda untuk bersikap adil kepada semua bangsa, agama atau taraf hidup, menjaga keamanan negara dan menegakkan kebaikan.


"Titah nasihat baginda serta contoh teladan yang dipamerkan tidak lain hanya melambangkan keikhlasan dan kasih sayang tulen dalam hati baginda kepada rakyat, bukan hanya di peringkat negeri bahkan ke seluruh negara yang secara tidak langsung, menjadi contoh yang baik dan menaikkan nama negara di mata dunia," titah Tengku Hassanal.

Tengku Hassanal juga mengingatkan rakyat supaya mengekalkan perpaduan, mempertahankan nilai murni, sentiasa menjaga batas dan adab walaupun semasa berdepan cabaran, supaya amanah yang digalas dilaksanakan mengikut ilmu dan bukannya emosi.


Tengku Hassanal bertitah, tanpa sikap yang baik seperti itu, boleh menyebabkan kuasa dan amanah yang diberikan tersasar daripada jalan yang benar sehingga boleh mengakibatkan hilang integriti, rasuah berleluasa, pecah amanah dan perpecahan serta pergaduhan.



Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M