Skip to main content

Tokoh kelahiran Pekan : Allahyarham Jamaluddin Jarjis


Dilahirkan di Kampung Sungai Mat Dulang, Kampung Mengkasar pada 25 Mei, 1951. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan pada tahun 1958 dan menyambung ke Sekolah Menengah Ahmad, Pekan pada tahun 1964 dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan pada tahun 1967. Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), beliau melanjutkan pelajaran ke University of Manchester, United Kingdom pada tahun 1971 dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1974.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1974. Keinginan untuk meningkatkan pencapaian akademik telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Kejuruteraan Elektikal (Sistem Tenaga) di University of Manitoba, Kanada pada tahun 1976. Beliau akhirnya melengkapkan pencapaian akademiknya pada tahun 1980 setelah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari University of McGill, Kanada.
Tahun 1981 meletakkan jawatan dari UTM untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan kejuruteraan melalui syarikat yang diasaskannya secara bersama, J & A Associates.
Beliau dilantik menerajui syarikat utiliti negara,sebagai pengerusi Tenaga Nasional Bhd antara Ogos 2000 - 2002 kerana pengetahuan dan pengalaman serta kepakaran beliau dalam bidang elektrik.

Jamaluddin Jarjis bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Pada tahun 2002 beliau dilantik sebagai Penaung Persatuan Pengilang-pengilang Bumiputra Malaysia. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Presiden, Persatuan Kebajikan Anak Pahang pada tahun 2004 serta Presiden, Persatuan Ekuistrian Malaysia dan Presiden, Majlis Equin Malaysia masing-masing pada tahun 2002 dan 2004.

Karier politik Y.B. Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dalam UMNO bermula di Cawangan Kampung Mengkasar, Pekan. Sepanjang penglibatannya, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pekan pada tahun 1983 dan Timbalan Ketua Bahagian Rompin selain diberi kepercayaan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.
Terpilih menjadi Presiden Kelab Penyokong Kerajaan pada 1999, Pembantu Whip Barisan Nasional bagi Parlimen ke-10 dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 1994.
Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003 setelah undi kelapan terbanyak dengan 1,268 undi. 
Kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 21 November 2002. Berikutan rombakan kecil kabinet pada bulan Januari 2004, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum dikekalkan dengan jawatan yang sama selepas Pilihan Raya Umum ke-11. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 30 Mac 2004.

Beliau telah menjayakan projek Angkasawan Malaysia pada 2007 dengan kerjasama kerajaan Russia. Bual bicara secara langsung telah disiarkan dari Kosmodrom BaikonurKazakhstan. Datuk JJ sendiri berada di Russia dan Kazakhstan bagi memastikannya berjalan lancar.
Program angkasawan Malaysia ini merupakan hasil 'barter trade' dengan pembelian jet pejuang super sonic dari Russia. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pergi dengan Soyuz TMA-11 ke ISS, 333 kilometer dari muka bumi pada 10 Oktober 2007. Beliau pulang dari stesen angkasa lepas antarabangsa ISS dengan kapsul Soyuz TMA-10 . Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sedang mengkaji kemungkinan membeli kapal angkasa Soyuz dan dipamerkan di Muzium Negara bagi membangkitkan minat generasi muda.

Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Sri Dr. Kalsom Ismail. Beliau mempunyai empat orang anak, Nur Ainis, Ikwan Hafiz, Nur Aliyaa dan Noor Adilla. Beliau yang amat meminati sukan berkuda dan polo.

Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan kesemua lima lagi mangsa yang lain. Jenazah telah selamat dikebumikan di Makam PahlawanMasjid NegaraKuala Lumpur pada 5 April 2015. Kes masih disiasat kerana data dari kotak hitam masih tidak dapat memberikan maklumat penting tentang mengapa helikopter tersebut meletup di tengah udara.

Comments

  1. admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah Keluarga Al-Attas

Kuih Apam Baghdad trademark masyarakat Pekan Pahang.

Kuih apam Baghdad ini merupakan trademark masyarakat Langgar, Pekan, Pahang. Kuih ini hanya boleh didapati di sekitar Pekan, Pahang sahaja. Antara bahan utamanya adalah telur, gula kastor dan tepung naik sendiri. Apam Baghdad ini dimakan bersama seri kaya yang akan diletakkan di bahagian atas kuih ini. Biasanya kuih apam ini berwarna kuning dan seri kayanya pula berwarna hijau. Kombinasi warna yang cukup membangkitkan selera bagi sesiapa yang terlihatnya. Kuih ini tidak ubah seperti kuih apam biasa, namun ianya unik kerana dimakan bersama seri kaya. Apam Baghdad ini juga turut dijadikan hidangan semasa majlis – majlis keramaian di daerah Pekan, Pahang. Resipi Kuih Apam Baghdad. Bahan-bahan. 5 biji telur 250gm gula kastor 1/2 st ovelatte 170gm tepung naik sendiri 1/2 st esen vanila pewarna kuning untuk inti serikaya atas 2 gelas santan @ 400ml santan 5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh 1 biji telur 1 sudu makan tepung gandum sedikit pewarna hijau sehel

Maria Menado : Isteri Sultan Pahang.

Yang Teramat Mulia Dato' Sri Hajah Maria Binti Abdullah @ Maria Menado. Dilahirkan sebagai Liesbeth Dotulong pada 2 Februari 1932 di Tunsia, Mabnahasadari, Menado, Sulawesi Utara. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau tinggal di Makasar bersama ibu dan bapa saudaranya disebabkan ibu bapanya sudah meninggal dunia. Beliau berhijrah ke Singapura sewaktu berusia 19 tahun iaitu pada tahun 1951. Memeluk agama Islam dan berkahwin dengan A Razak Sheikh Ahmad seorang promoter tinju dan penulis skrip. Mula menyertai bidang seni pada tahun 1951 apabila diberikan watak utama dalam filem "Penghidupan" di samping Seniman Agung Tan Sri Dr P Ramlee.  Beliau aktif sebagai pelakon bermula tahun 1951 hingga 1963. Namun, watak pontianak dalam filem "Pontianak" pada tahun 1957 melonjakkan lagi nama Maria Menado. Filem ini merupakan filem seram pertama dalam sejarah Filem Melayu. Filem Pontianak ini disusuli dengan Dendam Pontianak pada tahun 1957 dan Sumpah Pontianak(1958). Maria M