Skip to main content

Posts

Tengku Hassanal dilantik Yang Dipertua MUIP yang baru.

PEKAN, 28 JANUARI 2020: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pemangku Raja Pahang, YAM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sebagai Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang baru. Al-Sultan Abdullah turut berkenan melantik Tengku Panglima Raja, YAM Tengku Amir Nasser Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim sebagai Timbalan Yang Dipertua Muip baru menggantikan YDH. Datuk Sri Wan Haji Abdul Wahid Wan Hassan. Kedua-dua anakanda baginda mengangkat sumpah pada majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kali ke-179 hari ini. Pada majlis berkenaan, empat Ahli Mesyuarat Majlis yang baru dilantik iaitu Prof. Dato' Sri Dr. Zaleha binti Kamarudin, Prof. Dr. Fariza binti Md. Sham, Prof. Madya Dr. Hasan bin Ahmad dan Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah turut mengangkat sumpah. Ketibaan Yang...

Jalan Penarikan : Jalan yang menghubung Melaka ke Pekan Pahang dahulu kala.

Tahu tak dahulu ada jalan shortcut antara Melaka dan Pahang? Ia dipanggil "Jalan Penarikan". Sungai Muar, Sungai Jempol, Sungai Serting, Sungai Bera dan Sungai Pahang saling berhubung melalui Jalan Penarikan. Selain lebih cepat, ia buktikan kepakaran orang Melayu teroka alam. Dari Melaka mereka belayar ke Sungai Muar. Kemudian perahu mereka memudik dari muaranya hingga ke Sungai Jempol. Dari situ boleh terus ke Sungai Serting, Sungai Bera dan akhirnya jumpa Pekan Pahang. Bagaimanakah pentingnya Jalan Penarikan ini dalam membentuk sejarah negara ini? Jalan Perdagangan Utama Tanah Melayu pernah menjadi wilayah kekuasaan kerajaan-kerajaan Melayu ulung di zaman silam seperti Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Melaka, Acheh dan Johor. Kerajaan-kerajaan ini berkembang dengan memanfaatkan aliran perdagangan maritim yang melewati Selat Melaka dan Singapura. Namun begitu, sesetengah pelayar gerun melayari Selat Melaka yang dihurung lanun-lanun yang berleluasa ter...

Raja Permaisuri Agong tutup akaun Twitter.

Pasti ramai rakyat Pahang terutamanya warga maya tertanya-tanya mengapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menyahaktif akaun Twitter milik baginda baru-baru ini. Sebelum ini, rata-rata netizen dilihat gembira dan senang dengan sikap Raja Permaisuri Agong yang dilihat sebagai mesra rakyat dan menggunakan akaun media sosial baginda itu untuk berinteraksi dengan rakyat. Memetik laporan portal Malakat Tribune, menurut sumber rapat dari istana memaklumkan KDYMM Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah gering dan dimasukkan ke hospital sejak Selasa lalu. Menurut sumber, baginda dimasukkan ke hospital selepas pulang menunaikan umrah bersama keluarga baginda baru-baru ini. "Alhamdulillah, baginda dibenarkan keluar dari hospital Sabtu lalu selepas menerima rawatan tersebut dan kini keadaan Tunku Azizah baik. "Mungkin Tunku Azi...

Hari ini 44 tahun Allahyarham Tun Abd Razak pergi meninggalkan kita.

14 Januari 1976 – YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein telah kembali kerahmatullah di London pada 14 Januari 1976 jam 6.30 petang waktu Malaysia. Berita mengenai pemergian Allahyarham telah disampaikan oleh Pemangku Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn ke seluruh negara menerusi Radio Televisyen Malaysia. Allahyarham telah pergi ke London untuk menjalani rawatan akibat penyakit ‘acute leukemia’ yang dihidapi olehnya. Jenazah Allahyarham telah diterbangkan dengan penerbangan Khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan kemudianya di bawa ke kediamaan Allahyarham di Sri Taman, Kuala Lumpur sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Penglibatan Tun Abdul Razak dalam arena politik bermula sejak menuntut di London lagi, dan bergiat aktif setelah memasuki UMNO dan dilantik sebagai Ketua Pemuda. Mulai tahun 1951 hingga 1970 Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Yang di Pertua UMNO dan menganggotai jemaah kabinet sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 19...

Yang Di-Pertuan Agong kongsi pengalaman sebagai ketua negara.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam tadi menyifatkan pengalaman dan tugas yang digalasnya sebagai ketua negara ketika ini adalah sukar dan mencabar. Al-Sultan Abdullah bertitah amanah dan tanggungjawab yang dipikulnya amat berat terutama dalam usaha menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan mempunyai pandangan serta pemikiran yang pelbagai. “Saya rasa agak begitu berat bahu dipikul dan tanggungjawab besar, kalau setakat jadi Sultan (Pahang) mungkin saya boleh memahami tugas-tugasnya tetapi apabila dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong memang satu suasana yang berlainan, banyak perkara saya tidak tahu, terpaksa saya ambil tahu. “Kalau boleh saya kongsi, bukan mudah walaupun kita tengok hari ini masjid cantik, istana cantik, tetapi tugas yang perlu dilakukan bukan mudah kerana saya tak sangka saya kena baca banyak kertas-kertas kerajaan, saya kena tandatangan banyak watikah-watikah yang mana itu adalah sebahagian ...

Revo FT kekal dipuncak liga dalam saingan Liga Futsal Pekan 2019/2020.

Liga Futsal Pekan edisi 2019/2020 baru sahaj mengharungi sesi ke 6 pada malam tadi menyaksikan pasukan Revo FT kekal di puncak liga selepas menewaskan pasukan UMP Northern dengan hasil jaringan 3-2. Sebanyak 8 pasukan beradu tenaga dalam kejohanan ini yang bermula sejak Disember tahun lalu. Berikut kedudukan terkini Liga Futsal Pekan 2019/2020.

“Hidup Tulisan Jawi!” - Raja Permaisuri Agong

Isu tulisan Jawi yang diajar di sekolah kebangsaan kini semakin diperkatakan oleh orang ramai, termasuklah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah sendiri. Menerusi akaun Twitter, Tunku Azizah telahpun memulakan inisiatif memuat naik Tweet dalam tulisan Jawi sejak beberapa hari yang lalu. Tunku Azizah menyatakan bahawa pemerkasaan skil menulis dan membaca dalam tulisan Jawi tak seharusnya dijadikan sebagai isu nasional. Malah, Tunku Azizah juga berpendapat bahawa amat beruntung sekiranya lebih ramai rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Mandarin dan Tamil. “Saya ada darah Kantonis tetapi saya tak pandai tulis atau baca. Alangkah untung kalau saya pandai berbahasa Kantonis.” Mengapa perlu seseorang dihindar daripada menuntut skil baharu? Sama seperti semua orang bebas untuk mempelajari bahasa Mandarin, Kantonis dan Tamil, tak rugi pun jika seseorang boleh membaca dan menulis tulisan Jawi. “Hanya kerana Jawi, satu Malaysia takut?” “Saya tidak pergi ke s...