Skip to main content

Posts

"Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG," - Raja Permaisuri Agong

"Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG?" soal Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Twitter mengenai isu tulisan jawi. Seri Paduka bertitah, tulisan jawi itu adalah warisan semua orang Melayu dan semua pihak harus menggunakan serta martabatkan supaya semua pihak senang membaca. "Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian," titah baginda. Catatan baginda itu ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi, sebelum ini baginda mula menulis jawi di Twitter sejak hujung bulan lalu. Difahamkan, catatan itu dipercayai merujuk kepada seorang timbalan menteri yang dilaporkan berkata pengajaran jawi di sekolah vernakular tertakluk kepada kelulusan PIBG.

Makam Sultan Muhammad Shah Kampung Pahang Tua.

Asal Usul Nama Negeri Pahang dari Kampung Pahang Tua. Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula, pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu di Kampung Pahang Tua, ada sebatang pokok kayu mahang yang besar. Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya terkenal hingga sekarang dan ibu negeri pada zaman dahulu iaitu Pekan. Sebelum ditakluk oleh kerajaan Melayu Melaka ia dikenali sebagai Pura. Setelah Melaka dapat menawan, maka Sultan Mansor Shah telah melantik wakil raja  di Pahang yang bernama Dato Seri Bija Diraja sebab pada masa itu belum ada raja muda yang layak menjadi raja sebagai wakil sultan,sehingga berlaku peristiwa pembunuhan Tuan Besar anak Tuk Perak. Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepak takraw yang mengenai kepala baginda, langsung ...

Sejarah Kesultanan Melayu Pahang

Pahang adalah negeri yang terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya. Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia), merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaannya meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja yang pertama membuka Melaka. Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka. Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M). KESULTANAN MELAYU PAHANG Pada umumnya...

‘Mulai hari ini saya akan menulis dalam Jawi’ – Tuanku Permaisuri Agong

Tuanku Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah telah memulakan langkahnya untuk memperkasakan tulisan jawi.  Menerusi ciapan di Twitter rasmi, baginda bertitah akan mula menggunakan tulisan jawi dalam setiap hantaran di laman Twitter baginda. “Mulai hari ini saya akan menulis dalam jawi dalam twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita” titah Tuanku Azizah.  Langkah baginda nampaknya menerima sokongan padu rakyat yang rata-rata memuji tindakkan baginda menulis dalam jawi demi memperkasakan tulisan jawi yang merupakan warisan negara.

Sejarah Sekolah Men Keb Dato' Mahmud Mat Pekan Pahang.

Pada asalnya sekolah ini adalah sekolah Melayu En. Sh Ahmad bin Sh Parat telah mewakafkan tanah kepada Jabatan Pendidikan untuk dijadikan sebuah sekolah. Pada awal Januari 1965, sesi persekolahan dimulakan dengan jumlah 65 orang. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Putih. Nama ini dipilih semperna nama tempat sekolah ini yang terletak dikawasan tanah putih.         Bangunan sekolah ini telah dirasmikan oleh yang berhormat En. Khir Bin Johari pada 9 Oktober 1967.pada tahun 1981, sekolah ini telah ditukar namanya menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Mat.selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran ketika itu yang mengkehendaki semua sekolah menengah dinamakan dengan tokoh tempatan yang berjasa dan telah meninggal dunia.        Terdapat juga cadangan untuk menamakan sekolah ini menurut tuan punya asal tanah ini tetapi cadangan itu ditolak. Keluasaan kawasan sekolah ini pada masa kini adalah...

Ramai pengunjung Pantai Air Leleh buang sampah merata-rata.

Pantai Air Leleh di Pekan Pahang kini sudah menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar untuk menikmati keindahan pantai disini. Kini sudah ada fasiliti telah diwujudkan bagi keselesaan pengunjung yang datang kesini. Namun, keindahan pantai ini telah dicemari oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. Agak kesal melihat keadaan ini kerana mereka tiada mengambil berat tentang kebersihan tempat awam. Tinjauan mendapati mereka yang datang berkelah membiarkan sampah mereka tanpa mengutip balik buang ditempat sepatutnya. Harap pihak berkuasa tempatan mengambil langkah untuk menangani masalah ini. Semoga Pantai Air Leleh ini menjadi tarikan yang lebih menarik setanding dengan pantai-pantai utama yang ada di Negeri Pahang.

Kenali Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  (diputerakan pada  17 September 1995 di  Hospital Tengku Ampuan Afzan ,  Kuantan ,  Pahang ) merupakan Pemangku Raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah  dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,  Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar . Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham selepas itu. Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan...