Skip to main content

Posts

YDP Agong menziarah Makam Diraja Pekan petang tadi.

PEKAN 30 Jun - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini menziarahi Makam Diraja Pekan sempena genap 40 hari kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah petang tadi. Turut menziarahi Makam Diraja Pekan tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Kerabat Diraja Pahang, YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang serta para VVIP. Selepas itu, KDYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong ke Majlis Tahlil 40 hari di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan bersama rakyat jelata. Al-Fatihah.

Pakar Dobi Pekan derma duit tercicir dan tertinggal ke Masjid Taman Maulana.

Merujuk kepada Facebook rasmi Pakar Dobi Pekan, duit yang tertinggal dan tercicir akan didermakan kepada Masjid Taman Maulana Pekan. Ini merupakan salah satu usaha yang murni yang ditunjukkan oleh kedai dobi ini yang turut melakukan kerja amal mencuci kain dalam masjid dan lain-lain. Pakar Dobi Pekan yang dimiliki oleh Keluarga Wa Enterprise yang merupakan syarikat bumiputera yang diusahakan oleh anak melayu tempatan sudah beroperasi sejak 3 tahun ini di Bangunan Kedai Taman Sri Maulana Pekan dan satu lagi cawangan di Kampung Mengkasar Pekan.

Resipi Daging Pechok Pahang.

Daging Pechok Pahang BAHAN-BAHAN - 1KG Daging Batang Pinang - Sedikit garam - Sedikit halia kisar - Sedikit bawang merah kisar - Sedikit bawang putih kisar BAHAN SOS - 1 cawan santan pekat - 4 sudu mkn kerisik - 1 biji bawang besar | dadu kecil - 1 sudu mkn lada hitam | kisar kasar - 1 biji cili merah | hiris halus CARA MEMASAK 1. Potong daging kepada beberapa bahagian. 2. Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar. 3. Panaskan ketuhar dan bakar daging sehingga masak. 4. Setelah masak hiris nipis dan ketepikan. 5. Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata. 6. Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau. 7. Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu. 8. Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging. 9. Daging Pechok sedia dihidangkan.

9 tips pilih buah durian dengan rasa berbaloi membelinya.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit tips berkaitan cara nak pilih buah durian agar puas menikmatinya. Durian ada banyak jenis, banyak rupa sebenarnya. Ada durian kampung, durian kahwin dan juga durian hutan. Kalau mahu merasa makan durian dengan isi tebal, sedap dari buah yang segar, meh baca perkongsian ini. Bagaimana Nak Memilih Buah Durian Yang Sedap Dan Puas Hati? Ada beberapa cara nak memilih buah durian ini. Jika anda seorang penggemar buah durian, mesti nak kena tahu sedikit sebanyak tips untuk memilih buah durian dengan betul agar dapat elak dari kecewa atau rasa tertipu. Jangan mudah terpedaya dengan harga buah durian yang murah, tetapi isinya mengecewakan. Durian yang sedap dan memuaskan hati mestilah rasanya manis berlemak. Isinya mestilah tebal dan berbiji kecil. Untuk mendapatkan durian sebegini, ada cara-caranya. Oh ya, kena ingat ye, durian ni ada banyak jenis, ada D101, D2, Raja kunyit, Duri Hitam, Durian Udang Merah dan sebagainya. Setiap jenis buah durian i...

Orang ramai kecam keselamatan projek "tergantung" ini tidak diambil berat.

Projek pembangunan landskap di Bandar Pekan ini menjadi bualan masyarakat setempat yang tidak disempurnakan dengan baik. Projek ini merupakan Projek Kerajaan Persekutuan dibawah Jabatan Landskap Negara yang sepatutnya siap pada pertengahan tahun lepas tetapi kontraktor yang menjalankan projek ini telah ditamatkan pada April lalu mengikut makluman yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pekan. Majlis Daerah Pekan juga memaklumkan pihak Jabatan Landskap Negara akan membuat tender baru pada Julai ini bagi menyiapkan projek yang tergendala ini. Namun dalam tempoh tersebut, keselamatan persekitaran tapak projek ini dipertikai oleh semua penduduk sekitar kerana tiada ciri-ciri keselamatan yang lebih baik kepada orang ramai yang lalu dikawasan itu. Jalan ini juga merupakan jalan utama kepada orang ramai dalam urusan harian dan setiap hari orang ramai melalui jalan ini tidak kira kenderaan dan juga pejalan kaki. Besi cerucuk dilihat sangat membahayakan dan bahan projek yang diting...

Najib turun ke Pantai Merchong Pekan sabtu ini.

Dato' Sri Najib Tun Abd Razak dijangka turun ke Pantai Merchong Pekan pada sabtu ini 6 Julai 2019 jam 2.00 petang hingga 6.00 petang dalam program santai Boss Kawan bersama Najib Razak. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke 6 yang juga Ahli Parlimen Pekan yang lebih popular dengan gelaran "Bossku" kini menjadi fenomena selepas slogan " Malu apa Bossku" mula viral selepas sebuah video pendek di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut " Boss kita" dan disambut oleh Najib dengan menyebut "Malu apa Bossku.." Infografik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan "Malu Apa Bossku" turut tersebar luas di media sosial. Bagi mereka yang berkelapangan dan ingin bertemu dengan "Bossku" Najib Razak boleh hadir beramai-ramai dan bersantai dengannya.

Majlis Tahlil 40 hari di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan.

Satu Majlis Tahlil 40 Hari kemangkatan Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj Pekan pada 30 Jun 2019 jam 6.00 petang. 30 Jun 2019 maka genaplah tempoh 40 hari berkabung bagi seluruh rakyat Pahang manakala 100 hari bagi kerabat Diraja Pahang. Al-Marhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2019 jam 8.50 pagi. Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah. Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan ...