Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengingatkan semua penerima darjah kebesaran negeri Pahang agar menjaga kemuliaan dan gelaran yang diberikan kepada mereka. Tengku Hassanal bertitah, peringatan itu juga terpakai kepada bakal penerima darjah kebesaran, yang mana baginda menegaskan bahawa 'setiap kurniaan di bumi Allah datang bersama tugas dan amanah yang wajib dijunjung'. "Jangan sesekali bersikap riak dan angkuh, sebaliknya ambil resmi padi yang semakin berisi semakin menunduk. Berilah sumbangan sebaiknya kepada negeri dan rakyat beta," titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini. Pada istiadat itu, Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran kep...